MODEL ASSURE
Model ASSURE sangat digalakkan
penggunaannya di dalam kelas kerana model ini dapat membantu guru-guru untuk
merancang pembangunan media instruksional secara sistematik.
Aplikasi Model ASSURE mengandungi enam langkah yang dapat menjamin kejayaan
dalam pelaksanaan sesi pengajaran dan pembelajaran.
iii. Gaya belajar1. Analyse Learners (Analisis Pelajar)
2. State Objectives ( Nyatakan
objektif/hasil pembelajaran)
3. Select methods, media and
materials ( Pilih kaedah, media dan bahan sumber)
4. Utilize media and materials ( Guna
media dan bahan sumber)
5. Require learner participation (Libatkan
pelajar dalam pembelajaran)
6. Evaluate and revise (Nilai dan semak
semula)
1. Analisis Pelajar
Menganalisis kumpulan sasaran atau pelajar adalah penting untuk membantu kita merancang pengajaran pembelajaran yang sesuai bagi mereka. Pelajar dapat dianalisis berdasarkan aspek-aspek berikut :
i.
Ciri-ciri
umum pelajar.
ii.
Pengetahuan
dan pengalaman sedia ada.
Ciri-ciri umum pelajar
Ciri umum pelajar termasuklah umur,
tahun, kelas, aliran, jantina, penempatan/daerah/kawasan, budaya dan
seumpamanya. Pemilihan kaedah, sumber dan bahan dapat disesuaikan dengan jenis
pelajar yang dikenal pasti. Pelajar yang lemah dalam penguasaan bahasanya dapat
dibantu pembelajarannya melalui penggunaan gambar, bahan konkrit dan aktiviti tanpa
media cetak.
Pengetahuan sedia ada
Pengetahuan sedia ada
Setiap pelajar mempunyai pengalaman yang
berbeza. Analisis pengetahuan dan pengalaman sedia ada pelajar dapat membantu
guru menyediakan pengajaran yang bermanfaat kepada pelajar. Guru boleh mengenal
pasti pengetahuan sedia pelajar melalui ujian pra unit yang akan dipelajarinya,
mengkaji pencapaian pembelajaran unit terlebih dahulu mengadakan sesi soal jawab
di dalam kelas. Apabila guru ada maklumat tentang pengetahuan dan pengalaman
pelajar tentang topik yang akan dipelajari, mudahlah bagi guru untuk memilih
pengisian sumber pembelajaran dan kaedah yang sesuai yang akan digunakan.
Gaya Pembelajaran Pelajar
Pelajar mempunyai gaya pembelajaran yang
tersendiri. Gaya pembelajaran individu merujuk kepada cara yang paling sesuai
dan berkesan untuk individu itu menguasai pembelajaran. Pengetahuan tentang
gaya pembelajaran pelajar dapat membantu guru merancang pengajaran dan
pembelajaran yang efektif. Model Dunn dan Dunn, model Honey dan Mumford, dan
model Mutiple Intelligence Gadner adalah beberapa contoh model gaya
pembelajaran pelajar. Gaya pembelajaran individu mempengaruhi cara individu
memproses maklumat, membentuk persepsi merupakan faktor motivasi dan tingkah
laku belajar.
2. Nyatakan Objektif / Hasil Pembelajaran
Objektif pengajaran dan pembelajaran
perlu dinyatakan secara jelas.Ini adalah sebagai hala tuju pengajaran dan
pembelajaran. Penekanan kepada apa yang pelajar boleh buat selepas menjalani
proses pembelajaran. Oleh itu objektif mesti spesifik.
Pernyataan objektif dapat membantu guru
memilih media dan kaedah penyampaian yang sesuai. Dengan itu guru dapat
menentukan langkah aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Guru tidak mungkin
dapat menilai pencapaian pelajar tanpa menyatakan objektif terlebih dahulu.
Dalam hal ini, pernyataan objektif yang baik mengandungi empat kriteria berikut :
Dalam hal ini, pernyataan objektif yang baik mengandungi empat kriteria berikut :
Siapakah yang hendak dicapai? (Kumpulan
sasar)
Apakah yang hendak dicapai? (Apakah
bentuk pelakuan baru)
Bagaimana hendak dicapai? (Apakah syarat
pelakuan)
Apakah tahap pencapaian minimum?
(standard pencapaian)
Siapakah yang hendak dicapai? (Kumpulan sasar)
Fokus penulisan objektif ialah
pembelajaran. Kumpulan sasar yang dimaksudkan ialah pelajar. Pembelajaran akan
berlaku sekiranya pelajar terlibat aktif dalam aktiviti pembelajaran sama ada
secara mental ataupun fizikal.
Apakah yang hendak dicapai? (Apakah
bentuk pelakuan baru)
Apakah yang hendak dicapai adalah merujuk
kepada pelajar. Tingkah laku yang dinyatakan dalam objektif pengajaran dan
pembelajaran hendaklah yang dapat dilihat dan diukur pencapaiannya. Tingkah
laku ini juga hendaklah yang wajar dan berasas situasi sebenar. Antara
perkataan yang sesuai digunakan ialah :
·
Melakar
·
Menamakan
·
Meramal
·
Membaca
·
Menjawab
·
Melukis
·
Menilai
·
Melabel
·
Menjelas
Bagaimana hendak dicapai? (Apakah syarat pelakuan)
Pencapaian objektif pengajaran dan
pembelajaran hendaklah termasuk syarat bagaimana tingkah laku itu baru yang
dapat diperhatikan. Penyataan syarat pencapaian objektif ini dapat membantu
guru menyediakan suasana, langkah pengajaran dan pembelajaran. Situasi atau
syarat pelakuan bermaksud penyataan pencapaian syarat objektif dapat membantu
guru menyediakan suasana, langkah-langkah pembelajaran dan media yang sesuai.
Apakah tahap pencapaian minimum?
(standard pencapaian)
Darjah pencapaian minimum atau standard
pencapaian merujuk kepada darjah ketepatan, kualiti atau kuantiti tingkah laku,
tempoh masa yang ditetapkan dan sebagainya. Penyataan pengukuran pencapaian ini
akan membolehkan guru menyediakan tindak susulan bagi membantu pelajar yang
belum mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran dalam bentuk aktiviti
pemulihan dan juga aktiviti pengayaan. Penulisan tahap pencapaian boleh dalam
bentuk kualitatif atau kuantitatif. Contoh penulisan objektif pengajaran dan
pembelajaran.
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran
pelajar dapat
·
Melabel
nama negeri-negeri yang diketuai oleh sultan pada lakaran peta Malaysia
sekurang-kurangnya 7 dari 9 negeri dengan betul.
·
Menamakan
secara lisan sekurang-kurangnya tujuh negeri di Malaysia yang mempunyai sultan.
3. Pemilihan Kaedah, Media dan Bahan Sumber
Setiap perancangan pengajaran yang baik akan memerlukan pemilihan
media, kaedah dan bahan sumber dibuat secara sistematik dan terancang. Proses
pemilihan tersebut merangkumi aspek-aspek berikut :
·
Membuat
keputusan tentang kaedah yang paling sesuai dengan objektif yang hendak
dicapai.
·
Memilih
format media yang sesuai dengan kaedah yang dipilih.
·
Memilih,
mengubahsuai atau mereka bentuk bahan sumber pembelajaran.
Menurut
Mc Alpine & Wetson (1994) dipetik oleh Hwinich et al (1999), untuk memilih
bahan sumber yang sesuai soalan-soalan berikut perlu ditanya.
Adakah
bahan ini menepati kurikulum?
Adakah
isi pelajaran menepati kurikulum?
Adakah
laras bahasanya jelas?
Adakah
bahan ini menarik dan dapat memotivasikan pelajar?
Adakah
bahan ini dapat menarik penglibatan pelajar?
Adakah
bahan ini berkualiti?
Adakah
bukti yang menunjukkan bahan ini berkesan?
Adakah
bahan ini bebas daripada iklan dan kecenderungan memihak?
Adakah
ada panduan pengguna?
Memilih bahan sumber sedia ada yang menepati kriteria dan objektif pengajaran dan pembelajaran dapat menjimatkan masa.
4. Gunakan Media dan Bahan Sumber
Langkah seterusnya ialah bagaimana media dan bahan sumber
pengajaran dan pembelajaran dapat dimanfaatkan oleh guru dan pelajar. Bagi
memastikan kejayaan penggunaan media dan bahan sumber tindakan-tindakan berikut
perlu dilakukan oleh guru.
Semak, pratonton atau kaji bahan sumber sebelum digunakan di dalam kelas. Guru hendaklah mengkaji, menyemak atau menonton bahan sumber yang telah dipilih sebelum digunakan. Ini dapat membantu guru memastikan bahan tersebut benar-benar sesuai dengan kumpulan pelajar objektif pengajaran dan pembelajaran.
Semak, pratonton atau kaji bahan sumber sebelum digunakan di dalam kelas. Guru hendaklah mengkaji, menyemak atau menonton bahan sumber yang telah dipilih sebelum digunakan. Ini dapat membantu guru memastikan bahan tersebut benar-benar sesuai dengan kumpulan pelajar objektif pengajaran dan pembelajaran.
Ø Sediakan bahan untuk penggunaan dalam
kelas.
Ø Sediakan persekitaran yang sesuai untuk
pembelajaran.
Ø Sediakan pengalaman pembelajaran bagi
pelajar.
5. Libatkan pelajar dalam pembelajaran
Sesuatu pembelajaran yang melibatkan pelajar beraktiviti atau
berfikir secara aktif akan menghasilkan perubahan tingkah laku yang kekal. Ini
disokong oleh semua teori pembelajaran seperti teori behavioris dan juga teori
kognitif. Pengalaman rasa berjaya pelajar akan dapat mengekalkan motivasi
pelajar terhadap aktiviti pembelajaran. Latihan dalam bentuk perbincangan,
latih tubi, latihan bertulis, permainan bahasa dan sebagainya dapat terus
mengekalkan penglibatan pelajar dalam aktiviti pembelajaran.
Penyediaan media dan bahan sumber yang sesuai sebenarnya dapat membantu dan mengekalkan penglibatan pelajar dalam proses belajar, Gambar foto, slaid gambar bersiri, video dapat mencetuskan perbincangan dalam kumpulan, dapat menjana idea dan juga aktiviti penyelesaian masalah.
Penyediaan media dan bahan sumber yang sesuai sebenarnya dapat membantu dan mengekalkan penglibatan pelajar dalam proses belajar, Gambar foto, slaid gambar bersiri, video dapat mencetuskan perbincangan dalam kumpulan, dapat menjana idea dan juga aktiviti penyelesaian masalah.
6. Nilai dan Semak Semula
Ini merupakan langkah terakhir dalam Model ASSURE. Sebenarnya
langkah ini menyentuh dua aspek penilaian iaitu penilaian pembelajaran dan
penilaian pengajaran. Penilaian seharusnya dibuat sepanjang proses pengajaran
dan pembelajaran untuk memastikan pemilihan objektif, media dan bahan sumber
sesuai dengan keupayaan pelajar.