Ahad, 17 April 2016
Sabtu, 16 April 2016
Ahad, 10 April 2016
Asighment muhammad ridwan
1.0 PENGHARGAAN
Alhamdulillah, bersyukur ke
hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurnia-Nya dapatlah saya menyiapkan
tugasan ini sehabis baik. saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada
pensyarah saya untuk subjek Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran, Puan
Aliza Binti Adnan kerana telah banyak memberi tunjuk ajar dan bimbingan
sepanjang menyiapkan tugasan ini. Pelbagai perkongsian ilmu yang telah
dikongsikan bersama supaya dapat membuka mata dan menjana pemikiran untuk
menghasilkan tugasan ini dengan baik. Terima kasih juga diucapkan kepada
rakan-rakan kami yang turut membantu dengan berkongsi ilmu dan pengalaman
mengenai tugasan ini. Tidak lupa juga kepada pihak yang membantu saya secara
langsung atau tidak langsung. Terima kasih saya ucapkan. Jasa anda tidak akan
saya lupakan.
2.0 TUGASAN 1
Model Addie dan Assure
adalah antara contoh model rekabentuk pengajaran yang biasadigunakan sebagai
panduan merekabentuk pengajaran yang mengandungi elemen teknologi. Penggunaan
teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran akan dapat membantu pendidik untuk
meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam proses pembelajaran. Namun, di
sini akan dijelaskan dengan lebih mendalam perbezaan kedua-dua model ini.
Menurut
Norasiah Abdullah (2013), perbezaan pertama ialah model assure berfokus iaitu model
ini berskala kecil dan lebih tertumpu kepada perancangan pengajaran bilik
darjah dan boleh dijadikan panduan untuk merancang penggunaan media dalam
pengajaran. Manakala model addie pula berfokus kepada Lima komponen utama yang
boleh digunakan untuk merancang pengajaran yang sistematik.
Perbezaan
seterusnya ialah dari segi tujuan. Model assure bertujuan Untuk menyediakan
panduan merancang dan mengendalikan pengajaran yang memerlukan penggunaan
media. Manakala model addie bertujuan untuk satu model desain pembelajaran.
Yang lebih sifatnya lebih generik iaitu mode.
Menurut
Latif (2006), model assure memiliki enam jenis peringkat iaitu yang memiliki
ciri-ciri tertentu bagi setiap satu jenis. Pertama ialah analisis pelajar yang
mempengaruhi gaya pembelajaran. Kedua ialah nyatakan objektif pembelajaran
iaitu Mengenal pasti kebolehan atau prestasi yang akan dipelajari atau
ditunjukkan oleh pelajar selepas mengikuti pelajaran. Ketiga ialah pilih media
dan kaedah iaitu Pilih bahan yang menepati kehendak dan keperluan objektif atau
ubah suai bahan multimedia. Keempat ialah gunakan media dan kaedah yang terdiri
daripada preview bahan, sediakan bahan, sediakan persekitaran, sediakan
pelajar, dan sediakan pengalaman pembelajaran. Kelima ialah dapat respons
pelajar iaitu pelajar perlu dilibatkan dalam aktiviti pembelajaran seperti
membuat latihan, perbincangan, latih tubi, kuiz, projek dan sebagainya.
Kegiatan pengukuhan, seperti pengukuhan serta merta, diberi selepas pelajar
memberi tindak balas yang betul. Keenam ialah Nilai bahan, kaeadah dan seluruh
proses pengajaran.
Menurut Hisham
(2015), model addie pula memiliki lima peringkat. Peringkat pertama ialah
analisis iaitu analisis pelajar. Kedua ialah design iaitu Kenal pasti tentang
reka bentuk, struktur, pendekatan pengajaran. Ketiga ialah pembangunan iaitu
Pembangunan bahan pengajaran mengikut spesifikasi keperluan. Keempat ialah
implement iaitu Laksanakan seperti yang dirancang sehingga terhasilnya suatu
output. Kelima ialah evaluation iaitu dinilai samada memenuhi objektif.
3.0 TUGASAN 3
Dalam pengajaran abad ke-21, penggunaan
teknologi dalam pendidikan memainkan peranan yang sangat penting dalam
pengajaran dan pembelajaran (Bunyamin, 2015). Hal ini demikian kerana kesan dan
impak yang betul dan baik akan terhasil dengan penggunaan kaedah dan teknik
pengajaran dan pembelajaran yang sistematik berdasarkan cara abad ke-21.
Lebih-lebih lagi cara abad ke-21 akan memberi kesan yang mendalam kepada
murid-murid pendidikan khas bermasalah pembelajaran. Murid-murid berkeperluan
khas yang dipilih adalah murid pintar cerdas.
Pelajar
pintar cerdas dan berbakat merupakan individu yang memiliki potensi yang tinggi
dalam pelbagai aspek perkembangan dan pertumbuhan. Bagi mengembangkan potensi
dan bakat mereka dengan lebih sistematik dan berkesan, suatu program pendidikan
khusus amat diperlukan.
Kaedah dan teknik pertama ialah set induksi. Menurut
Noriati A. Rashid (2012), set induksi bertujuan untuk merangsang pemikiran
murid-murid dengan lebih aktif dan berkesan di samping menggalakkan murid untuk
berfikir secara spontan. Hal ini demikian bermaksud guru hendaklah memulakan
kelas dengan mencungkil idea dan pemikiran pelajar yang berkaitan dengan
situasi semasa dan berkaitan dengan tajuk yang hendak diajar. Selain itu, guru
boleh juga berkongsi maklumat semasa dan membuat teka-teki.
Sebagai contohnya, guru boleh menayangkan video
tentang punca kemerosotan akhlak dalam sejarah melaka. Setelah menayangkan
video tersebut guru hendaklah meminta pelajar memberi pandangan berkaitan video
tersebut. Murid boleh mengulas perkara tersebut berdasarkan pemahaman dan
pengalaman mereka. Sudah pasti murid-murid akan melontarkan pandangan yang
bernas berdasarkan pengalaman dan kebolehan mereka.
Selain itu, guru boleh juga bercerita tentang
sejarah Melaka dan meminta murid memberi pandangan dan lakonkan watak-watak
tersebut. Hal ini demikian menyebabkan murid-murid lebih menyelami keadaan yang
sebenar. Kefahaman murid akan bertambah bila guru mengadakan lawatan ke
tempat-tempat yang bersejarah tersebut. Lawatan sangat berfaedah untuk
murid-murid supaya mereka sendiri akan melihat dan merasai apa sebenarnya yang
dipelajari.
Kaedah dan teknik kedua
ialah melalui cara pengembangan. Pengembangan pertama ialah pembelajaran
berasaskan aktiviti. Hal ini demikian akan melibatkan pelbagai elemen seperti
koperatif dan I-Think. Menurut Hailmi (2015), dalam aktiviti kolaboratif murid
akan mempunyai kemahiran social, menguruskan usaha sendiri. Selain itu, aktiviti
kumpulan tidak perlu dipantau guru. Persoalan diselesaikan dalam kumpulan. Guru Cuma membimbing ke arah penyelesaian
jika perlu. Semua draf kerja disimpan oleh murid. Murid menilai prestasi kerja
ahli kumpulan tanpa dibimbing oleh guru.
Contoh pembelajaran
berasaskan aktiviti pertama ialah round table. Mula-mula murid duduk dalam
kumpulan yang telah di tetapkan. Selepas itu, guru mengemukakan satu topik yang
ingin diajar hari ini. Secara bergilir-gilir, murid mencatat satu idea. Murid
menggunakan pen dan kertas yang sama. Hasil dapatan hendaklah dibentangkan di
dalam kelas. Pastikan semua pendengar memahami apa yang di bentangkan.
Contoh pembelajaran
berasaskan aktiviti kedua ialah ‘Think-Pair-Share’. Pertama sekali topik yang
hendak dibincangkan hendaklah diberikan oleh guru. Murid hendaklah berfikir
sendiri dalam jangkamasa dan waktu yang tertentu. Apabila masa tamat, murid
hendaklah berkongsi idea bersama pasangan masing-masing. Apabila masa tamat,
murid hendaklah berkongsi dengan keseluruhan kelas.
Contoh pembelajaran
berasaskan aktiviti ketiga ialah Deklamasi Sajak atau Nyanyian. Murid
dibenarkan membuat persediaan dalam kumpulan terlebih dahulu. Tajuk diberikan
berdasarkan topik yang hendak diajar.
Murid boleh mengubahsuai mengikut kreativiti dan kesesuaian dan
hendaklah tidak terkeluar daripada topik. Murid membuat persembahan di hadapan
kelas.
Contoh pembelajaran
berasaskan aktiviti keempat ialah Pembentangan. Murid hendaklah membuat
pembentangan untuk mempersembahkan hasil dapatan kepada keseluruhan kelas.
Aktiviti ini boleh dilaksanakan dengan berbagai cara dan bahan. Aktiviti ini
juga boleh menggunakan ICT atau tanpa ICT. Penggunaan ICT seperti pembentangan
slide dan video. Penggunaan tanpa ICT seperti pembentangan dengan kertas majong
dan bahan -bantu mengajar yang lain.
Contoh pembelajaran berasaskan
aktiviti kelima ialah permainan jigsaw. Mulakan dengan ‘Kumpulan Rumah’
terlebih dahul. Setiap ahli diberikan nombor mengikut topik kecil yang telah
diberikan oleh guru berdasarkan topik. Mereka dipanggil ‘Kumpulan Pakar’.
Kumpulan Pakar duduk bersama untuk membincangkan topik mereka. Setiap ahli
kumpulan pakar perlu memberikan cadangan yang bernas. Selepas peruntukan masa
tamat, Kumpulan Pakar kembali kepada Kumpulan Rumah. Mereka akan membimbing
rakan dalam Kumpulan Rumah dalam tajuk kursus mereka masing-masing.
Contoh pembelajaran
berasaskan aktiviti keenam ialah hot seat. Aktiviti susulan selepas murid
membuat bacaan dan kajian (individu atau kumpulan). Seorang murid akan duduk
dikerusi yang disedikan dan menjadi’pakar’ atau ‘watak’. ‘pakar’ atau ‘watak’
akan menjawab segala soalan yang dilontarkan oleh murid lain. ‘pakar’ atau
‘watak’ hendaklah menjawab setiap soalan yang diberikan dengan jelas dan mudah
difahami.
Contoh pembelajaran berasaskan
aktiviti ketujuh ialah main peranan. Murid diberi tanggungjawab untuk memegang
peranan dan watak. Sebagai contohnya, watak Hang Tuah dan Hang Jebat dipilih.
Murid diberikan masa untuk membuat persediaan secukupnya agar pelaksanaan lebih
mantap. Murid hendaklah Membuat persembahan dengan memainkan watak yang telah
mereka pilih.
Contoh pembelajaran
berasaskan aktiviti kelapan ialah ‘Gallery Walk’. Guru hendaklah membahagikan
tajuk bagi setiap murid. Murid menampal hasil kerja di dinding untuk dilihat
oleh kumpulan lain. Biasanya murid boleh menulis komen tentang hasil kerja
kumpulan lain di atas sticker note dan menampal di atas hasilan kerja itu.
Contoh aktiviti kesembilan
ialah peta I-Think. Penggunaan peta I-Think sangat penting bagi murid untuk meningkatkan
kefahaman secara menyeluruh dan sistematik serta berperingkat-peringkat. Selain
itu, menggunakan peta pemikiran sebagai
alat untuk menjana idea dan pemikiran murid serta Sebagai satu alat untuk murid
membuat kajian atau carian dan dipersembahkan dalam bentuk grafik yang menarik.
Teknik dan kaedah yang
ketiga ialah pengukuhan dan pengayaan. Hal ini bertujuan untuk Mengembangkan
pengetahuan yang dipelajari, menerapkan dalam situasi sebenar dalam kehidupan
seharian dan mencungkil idea baru dengan lebih sistematik dan terancang.
Menurut
Creswell (2009), guru hendaklah menitikberatkan kemahiran berfikir aras tinggi
dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Kemahiran berfikir aras
tinggi sangat penting bagi meransang pemikiran dan kebolehan murid ke tahap
yang tertinggi. Murid akan lebih mengetahui apa yang tersirat dan tersurat
dalam sesuatu pembelajaran tersebut.
Teknik
dan kaedah keempat ialah penilaian. Kaedah pertama ialah secara informal. Hal
ini demikian bermaksud guru boleh menilai murid dengan cara pemerhatian, lisan,
kuiz soal jawab, perbincangan dan penilaian kendiri. Kaedah yang kedua ialah
secara formal seperti mengadakan ujian, laporan pembentangna murid, tugasan dan
folio.
Teknik
dan kaedah kelima ialah membuat kesimpulan. Hal ini demikian untuk Mencari
maklumbalas objektif pengajaran Merumuskan isi pengajaran dan pembelajaran.
Penambahbaikan. Membincangkan pencapaian.
Cadangan Penambahbaikan
untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.
Penambahbaikan
pertama ialah meningkatkan kaedah hubungan komunikasi dua hala. Hal ini
demikian hubungan komunikasi dua hala ini yang dimaksudkan ialah hubungan
antara guru dengan pelajar. Menurut Murti (2010), kemahiran komunikasi
merupakan salah satu elemen yang sangat penting dalam tatacara perhubungan guru
dengan pelajar. Hubungan komunikasi di sekolah melibatkan hubungan antara guru
dengan pelajar. Guru yang berdedikasi akan mengenali para pelajarnya kerana apabila
seseorang guru itu mengetahui tentang latar belakang pelajarnya, setiap
permasalahan yang timbul sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran dapat
dianalisis oleh guru.
Sebagai
contohnya, seseorang guru yang amat menitiberatkan tentang hubungan dengan para
pelajar dengan sendirinya berjaya mengambil hati para pelajar sekaligus
menyebabkan kelas dalam keadaan terkawal sepanjang proses pengajaran dan
pembelajaran berlangsung. Dalam proses pembelajaran, kasih sayang, persefahaman
dan saling memahami antara guru dan murid amat penting.
Penambahbaikan
kedua ialah Konsep Emotional Intelligence. Antara kaedah pengajaran lain yang
dicadangkan untuk menjadikan para pelajar terkawal semasa proses pengajaran dan
pembelajaran ialah penggunaan Konsep Emotional Intelligence. Terdapat 2 aspek
intrapersonal dalam konsep ini iaitu:
Pertama
ialah kebolehan mengendalikan emosi sendiri, atau ‘to know your emotions.’
Penerapan aspek ini sangat penting bagi guru dan pelajar. Menurut Ibrahim
(2015), sebelum memasuki kelas untuk mengajar, guru hendaklah memastikan bahawa
dia telah bersedia dari aspek mental dan fizikal dan berharap para pelajar juga
bersedia untuk menerima ilmu dan maklumat yang ingin diajar atau disampaikan
nanti. Hal ini kerana pengendalian emosi amat penting agar kita dapat mengenali
emosi atau perasaan dan keperibadian sendiri. Oleh yang demikian adalah mudah
untuk menentukan sasaran dan matlamat yang ingin dicapai.
Kedua
ialah kebolehan mengawal emosi. Sebagai seorang guru, kebolehan mengawal emosi
amat penting kerana untuk mewujudkan kawalan kelas yang mantap, setiap tutur
kata haruslah dijaga supaya tidak menimbulkan rasa kecil hati atau kemarahan
para pelajar. Apabila masalah pelajar kecil hati atau tersinggung dengan tutur
kata guru, maka akan wujudlah perasaan benci atau memberontak dalam jiwa
pelajar dan ini akan mendorong para pelajar terlibat dalam masalah disiplin
seperti mengganggu kelas, bising, ponteng kelas dan sebagainya.
Penambahbaikan
ketiga ialah pengulangan. Tidak semua pelajar mempunyai tahap yang sama di
dalam proses mengingati tentang sesuatu pembelajaran yang diajarkan kepada
mereka. Oleh itu, pembelajaran yang dibantu ulang untuk proses mengingati
diperlukan untuk memberikan tanggapan yang lebih jelas dan tidak mudah
dilupakan. Perkara ini boleh dinyatakan apabila kita mengulang dengan cara dan
kaedah yang baik di dalam bilik darjah, semakin lama ia akan menjadi semakin
jelas sehingga dapat digunakan oleh pelajar untuk menyelesaikan permasalahan
yang timbul.
Sebagai
contohnya, pengulangan secara teratur, pada waktu-waktu yang tertentu atau
setelah setiap topik itu diberikan, maka ia sangat membantu proses pengajaran
dan pembelajaran. Hal yang demikian memberikan pengetahuan kepada pelajar
bahawa pengulangan merupakan suatu proses pendidikan yang mereka boleh
aplikasikan dalam kehidupan mereka. Ini menjadikan bahawa proses pengulangan
adalah suatu konsep bagi fungsi pembelajaran itu sendiri.
Penambahbaikan
keempat ialah menimbangkan perbezaan individu (pelajar). Semasa proses
pengajaran dan pembelajaran, guru juga perlu menimbangkan perbezaan individual
antara pelajar. Terdapatnya perbezaan bakat dan kebolehan di antara pelajar
yang perlu diuruskan dengan baik di dalam bilik darjah. Perbezaan bakat dan
kebolehan antara pelajar di dalam sesebuah kelas di mana terdapat kecekapan dan
ketangkasan pelajar berbeza secara individual.
Ada di
antaranya yang cerdik dan cerdas sehinggakan mampu untuk menerima dengan cepat
ilmu pelajaran yang disampaikan kepadanya. Tahap ini merupakan tahap
keboleh-penerimaan yang tinggi. Namun, perlu diingat bahawa masih ramai pelajar
yang mempunyai tahap keboleh-penerimaan yang biasa dan rendah. Disebabkan tahap
keboleh-penerimaan yang berbeza-beza ini menyebabkan guru yang terlibat dalam
proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas perlu menyeimbangkan kaedah,
skop serta aktiviti pembelajaran agar semua pelajar yang mempunyai tahap
penerimaan yang berbeza dapat mengikuti pembelajaran dengan baik. Dengan cara
ini, ianya dapat mengembangkan kemampuan-kemampuan pelajar secara individual.
Menurut
Nizam (2015), pelajar yang mempunyai tahap keboleh-penerimaan yang tinggi hanya
perlu mendapat penerangan yang lebih ringkas kerana pengetahuan sedia ada serta
kebolehan memahami yang cepat. Ini berbeza dengan pelajar yang berada pada
tahap sederhana dan rendah yang memerlukan lebih penerangan dan kaedah yang lebih
mudah difahami supaya mereka dapat mengikuti memahami pelajaran dengan baik.
Oleh yang demikian, perbezaan individual perlu dipertimbangkan agar guru dapat
menggunakan teknik dan kaedah yang sesuai untuk semua pelajar dan memberi
peluang sama rata kepada pelajar untuk mendapat ilmu pengetahuan yang
diajarkan.
Bibliography
Bünyamin, B. (2015). Desighning PCM Instruction by Using
Assure Instructional Design Model. International Journal on New Trends in
Education and Their Implications, 1-13.
Creswell. (2009). Research design:
Qualitative, quantitative, and mix. California: Sage Publications.
Hailmi. (2015, januari). Buletin
Anjakan. Retrieved from Pembelajaran Abad ke--21: www.hailmi.com
Hailmi. (2015, november). Pembelajaran
Abad ke-21. Retrieved from Buletin anjakan: www.cikguhailmi.com
Hisham, B. (2015, Oktober 2). Penilaian
Kendiri Amalan Pengajaran Dan Pembelajaran Abad k -21. Retrieved from
Researchgated: https://www.researchgate.net/publication/282355763_PENILAIAN_KENDIRI_AMALAN_PENGAJARAN_DAN_PEMBELAJARAN_ABAD_KE_-21_PENSYARAH_INSTITUT_PENDIDIKAN_GURU_KAMPUS_IPOH
Ibrahim, A. A. (2015). Comparative
Analysis between System Approach, Kemp, and. International Journal of
Education and Research, 1-10.
Latif, A. (2006). Domain Penilaian
Dalam Teknologi Pendidikan. Tanjong Malim: Universiti Pendidikan Sultan
Idris.
Murti, K. E. (2010). Pendidikan
Abad ke-21 dan Implementasinya Pada Pembelajaran. Pendidikan Berterusan,
30-32.
Nizam, M. (2015, November 14). Sk
Kampong Sadek. Retrieved from Pembelajaran Abad ke-21:
http://www.skkgsadek.com/2015/01/pembelajaran-abad-ke-21.html
Norasiah Abdullah, N. R. (2013).
Teknologi Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran. Selangor: Penerbitan Multimedia.
Noriati A. Rashid, B. P. (2012).
Teknologi Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran. Selangor: Oxford Fajar.
assignment tmk 2016 haziq
![]() |
![]() |
JABATAN ILMU PENDIDIKAN
KAMPUS
ILMU KHAS, KUALA LUMPUR
|
TUGASAN
KERJA KURSUS/ PROJEK
(INDIVIDU)
|
|
|
SEMESTER:
4
|
TAHUN:
2016
|
EDU 3053
Teknologi Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran
|
DISEDIAKAN
OLEH:
|
|
|
MUHAMMAD
ZULHAZIQ BIN HUSIN
|
|
|
No.
K/P: xxxxxxxxx
|
|
|
Program:
PISMP AMBILAN JUN 2014
|
|
|
Kumpulan
Akademik:
|
ANGKA
GILIRAN:
|
|
G
4.2
|
20142317xxxxx
|
|
PENSYARAH:
|
|
|
PUAN
ALIZA BINTI ADNAN
|
|
|
TARIKH
SERAHAN:
|
TARIKH
DITERIMA:
|
|
4
MAC
|
|
PENGHARGAAN
Saya bersyukur kepada Allah s.w.t kerana
dengan rahmatnya saya dapat melaksanakan dan menyiapkan tugasan ini dengan
sempurna. Ucapan terima kasih yang tidak terhingga juga
saya panjangkan kepada selaku
pensyarah pemimbing
saya iaitu Pn. Aliza
, yang tidak
jemu-jemu memberikan tunjuk ajar dan panduan yang amat berharga kepada saya.
Tanpa bantuan beliau, tugasan ini sukar untuk saya sempurnakan.
Selain itu, saya ingin mengucapkan
terima kasih kepada rakan-rakan sekelas yang telah bekerjasama dengan saya untuk
menyiapkan kerja khusus ini. Kerjasama rakan-rakan amat
saya hargai.
Akhir sekali, saya juga ingin
mengucapkan terima kasih kepada individu-individu sama ada secara langsung atau
tidak langsung membantu saya semasa melaksanakan tugasan ini.
Sekian,
terima kasih.
Contents
1.0 Pengurusan Grafik
Addie
dan Assure
Model assure didefinisikan dengan penyediaan panduan merancang dan
mengendali pengajaran dan pembelajaran dengan kehadiran media. Manakala Model
Addie pula mendefinisikan dengan satu proses biasa yang perlu diubah suai
sebelum digunakan serta menjadi asas untuk rancangan pengajaran.
Terdapat banyak perbezaan antara model addie dan assure. Antara adalah
pemilihan media atau objek pembelajaran di dalam kelas. Pemilihan media dan
objek pembelajaran oleh model assure lebih terperinci berbanding model addie. Di
dalam langkah ke-4 assure iaitu ‘Utilize media, method and materials’ pelajar
didedahkan dan disediakan bahan, persekitaran, kesediaan pelajar serta
pengalaman pembelajaran bagi memaksimumkan keberkesanan pembelajaran tamsilnya
lawatan luar ke zoo Negara. Model addie lebih kepada pemberian bahan oleh guru
secara pelbagai seperti ‘slide power point’, laman sesawang dan lain-lain. Ini
mebuatkan assure memberi pembelajaran pengalaman yang lebih efektif berbanding
addie.
Seterusnya Model assure juga mempunyai penyemakan selepas penilaian
manakala model addie tiada penyemakan selepas penilaian. Penyemakan dilakukan
bagi memastikan sama ada teknik pengajaran itu berkesan ataupun tidak.
Sekiranya tidak berkesan, guru boleh menukar tekniknya kepada teknik pengajaran
lain yang berkesan.
Model Assure lebih berfokus kepada
skala kecil manakala model addie lebih kepada skala besar dan bersifat
generalisasi. Contoh dalam model assure adalah matawang dalam subjek matematik
manakala model addie pula adalah pengiraan dalam subjek matematik. Ini
bermaksud model assure adalah model yang menggunakan tahap pengajaran yang
tinggi berbanding model addie dan ia boleh digunakan untuk murid yang sudah
menguasai asas pembelajaran.
Selain itu, model assure lebih memperincikan penglibatan pelajar seperti
penglibatan aktiviti membuat latihan, perbincangan dan lain-lain. Manakala
model addie tidak memperincikan latihan kerana model ini mengikut kemampuan
pelajar dan lebih tepat adalah berlandaskan teori behaviourisme. Model assure
melatih pelajar bergiat aktif tanpa halangan, Guru bersifat kreatif dan
sentiasa berfikir untuk memajukan murid ke hadapan.
2.0 Penulisan Akademik (Masalah Pembelajaran)(Kemahiran Hidup)
Pada abad ke-21 ini, media dan teknologi berjalan seiring dengan perjalanan masa
hingga ke hari ini. Pengajaranan yang melibatkan penggunaan media dan teknologi
memberikan kelebihan kepada pelbagai pihak termasuklah pengguna yang mengaplikasikannya
di dalam dan luar bilik darjah. Teknologi boleh menjadi pengganti pada guru
ketika ketidakberadaan guru di dalam kelas. Contohnya, guru boleh memberikan
tugasan untuk dilakukan dengan menggunakan teknologi seperti ‘SCHOOLOGY’. Teknologi
juga dapat membantu guru didalam kelas bagi meningkatkan keberkesanan
pengajaran di dalam bilik darjah. Tamsilannya, aktiviti induksi yang menarik
dapat menarik minat pelajar untuk belajar. Selain itu, teknologi juga dapat
mengembangkan kognitif murid. Penggunaan teknologi dapat mengembangkan intuisi
dan imaginasi ke tahap maksimum bagi melahirkan pelajar cemerlang. Mereka yang
didedahkan dengan teknologi akan ditanam dengan sifat ingin maju kehadapan dan
memberi pelajar kemahiran berfikir aras tinggi. Contoh, teknologi yang melibat
'genre' puzzle memberi kepuasan minda sihat pelajar disamping melahirkan insan
minda kelas pertama. Pendidikan juga memberi peluang pada pendidikan jarak
jauh. Marcapada, zaman dipenuhi dengan kerakusan dan jenayah tanpa sempadan membuatkan
ibubapa takut memberikan kepercayaan kepada permata kecil mereka untuk menimba
ilmu di sekolah. Maka ibu bapa boleh menggunakan teknologi yang membenarkan
mereka menggunakan teknologi bagi pendidikan untuk anaknya. Mereka boleh
menggunakan rakaman ataupun pembelajaran online secara bermuka. Akhir sekali,
teknolgi membenarkan manusia menimba ilmu tanpa sempadan. Bayangkanlah, di
zaman moden ini manusia boleh mempelajari membuat bom dengan menonton Youtube
sahaja. Maka tidak mustahil pelajar mencari maklumat yang diinginkan
termasuklah ilmu yang melebihi daripada pengajaran dan pembelajaran di sekolah.
Tuntasnya, sekiranya teknologi digunakan dengan sehabis baik, tidak mustahil
lahirnya Einstein baru di Malaysia.
Tidak terkecuali juga
pelajar pendidikan khas bermasalah pembelajaran. Mereka sememangnya memerlukan
teknologi untuk membantu mereka dalam pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu,
guru harus menerapkan teknologi dalam teknik dan kaedah pembelajaran selaras
dengan kehendak Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025) mengenai
kelas abad ke- 2 tidak kira jenis masalah murid.
“Satu
teknik pembinaan kemahiran yang mudah dan berkesan jika pada satu tahap kreativiti diperoleh dalam
pembelajaran yang diingini. (Orlich et al. (2007))”.
Antara elemen dan teknik yang dapat diterapkan dalam pengajaran dan
pembelajaran abad 21 adalah penggunaan set induksi. Set induksi satu kaedah
awalan yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran bagi menarik minat
pelajar. Tekniknya adalah guru mengadakan satu aktiviti bagi yang boleh
meningkatkan produktiviti dan rangsangan minda murid seperti penggunaan eleman
kemahiran berfikir aras tinggi(KBAT). Aktiviti set induksi juga perlu dikaitkan
dengan pengetahuan sedia ada dan pembelajaran yang ingin diajar pada hari tersebut.
Tamsilnya, aktiviti jual beli dapat dikaitkan dengan pengajaran subjek kemahiran
hidup. Guru boleh menggunakan aktiviti menjahit pelbagai barang yang telah
disediakan oleh guru seperti butang baju, pin seluar dan pelbagai lagi. Bagi
menjayakan set induksi ini guru harus sentiasa bersedia dan berfikiran kritis
serta kreatif dalam penghasilan aktiviti set induksi ini bagi memaksimumkan
keberhasilannya. Bagi penambahbaikan aktiviti ini, guru boleh menggunakan
teknologi seperti menunjukkan video sesi jual beli di pasar raya atau di tepat
lain.
Seterusnya, adalah pembelajaran berasas aktiviti. Pembelajaran ini
memastikan semua pelajar melibatkan diri dengan aktif.. Objektif pembelajaran
ini adalah memastikan pelajar dapat berkomunikasi bersama, berfikiran kritis
serta kreatif, berdikari, mempunyai sifat pemimpin, berdaya saing dan pelbagai
lagi. Antara kaedah yang boleh dilakukan adalah dengan pembahagian kepada
kumpulan-kumpulan kecil. Antara aktiviti yang boleh dilakukan adalah main
peranan, simulasi dan perbentangan mengikut tajuk yang diberi oleh guru.
Aktiviti ini dapat memberi peluang murid membuat analitikal serta menyampaikan
maklumat bagi mencapai objektif murid proaktif dan bertentangan dengan murid
pasif seperti pembelajaran tradisional di Malaysia. Bagi menjayakan aktiviti
ini guru harus memberi peluang pengajaran berpusatkan murid dan bahan. Guru harus
menjadi pembimbing dengan membetulkan kesilapan murid di pertengahan dan akhir
pengajaran dan pembelajaran. Bagi murid bermasalah pembelajaran, mereka lebih
mudah memahami sesuatu perkara yang praktikal daripada pembelajaran biasa. Oleh
itu, aktiviti yang berasas bahan amatlah berkesan dan sangat sesuai untuk
mereka. Antara aktiviti berasaskan bahan adalah seperti menjahit. Guru
menunjukkan cara menjahit dengan menggunakan LCD dan pelbagai lagi alatan dan
teknologi yang sesuai.
Yang ke-3 bagi kaedah dan teknik pembelajaran dan pengajaran abad ke 21
adalah teknik pengukuhan dan penggayaan. Teknik ini dilakukan selepas
pembelajaran berlaku bagi memperkembangkan kemahiran, kreativiti dan kefahaman
terhadap pembelajaran tersebut. Teknik ini juga bertujuan murid mengaplikasi
pembelajaran lama kepada perkara yang lebih komplek serta berguna untuk
hehidupan mereka. Antara aktiviti yang sesuai dilakukan adalah dengan
mengadakan permainan atau kuiz yang menarik. Bagi menjayakan lagi aktiviti ini,
guru boleh menerapkan unsur kemahiran aras tinggi dan pengurusan peta minda.
Tamsilnya, untuk matapelajaran kemahiran hidup, guru boleh memberi aktiviti
membina bongkah kayu tertinggi yang stabil. Ini bagi melihat murid
mengaplikasikan pembelajaran awal mereka serta mengasah bakat semula jadi
mereka. Antara aktiviti yang guru boleh lakukan adalah aktiviti permainan kecil
kuiz yang menggunakan muzik. Permainan ini melibatkan semua orang dengan
memberi barang seperti kotak kepada orang sebelah mengikut alunan muzik. Murid
terakhir yang memegang kotak apabila muzik dihentikan maka dia akan memilih
soalan yang telah disediakan seperti soalan 3. Sekiranya betul maka diberikan
hadiah dan sekiranya salah didenda melakukan sesuatu perkara tetapi masih
berkaitan dengan pembelajaran pada hari tersebut.
Seterusnya adalah teknik penilaian. Penilaian adalah teknik yang
dilakukan bagi melihat hasil pembelajaran itu berhasil ataupun tidak. Ia
dilakukan apabila pembelajaran sudah dihabiskan. Antara cara penilaian yang
berkesan adalah dengan melakukan kuiz, ujian dan pelbagai lagi. Penilaian
tersebut harus dilakukan dengan jujur tanpa berlakunya kegiatan plagiat bagi
mendapat hasil yang bersih. Ini bagi memastikan hasil daripada penilaian dapat
digunakan oleh guru untuk rumusan seperti buku rekod. Untuk penilaian kemahiran
hidup, guru boleh memberi tugasan secara objektif dan subjektif. Soalannya
mesti mempunyai aras kesukaran seperti aras kefahaman, aras berfikir aras
tinggi dan sebagainya. Bagi melihat keputusan secara keseluruhan, guru boleh
membina peta graf keputusan pelajar. Guru juga boleh memberi galakan dengan
memberi peneguhan seperti membuat memberi hadiah. Selepas murid itu mencapai
aras dan keputusan yang cemerlang, mereka diberi hadiah dan menjadi murid
contoh untuk ikutan ramai. Contoh hadiah yang sesuai untuk murid abad 21 adalah
diberi peluang merasmikan teknologi yang disediakan guru dahulu berbanding
rakannya lain
Akhir sekali, teknik penutup dan kesimpulan harus dilakukan selepas
penilaian. Teknik ini bertujuan melihat keberkesanan pembelajaran sama ada
obkektif tercapai ataupun tidak. Guru boleh mencari maklum balas daripada murid
dengan menyuruh mereka merumuskan isi pengajaran dan cara penambahbaikan untuk
matapelajaran tersebut. Guru juga boleh bertanyakan apakah impak pembelajaran
tersebut dan adakah ianya dapat di aplikasikan dalam kehidupan. Sekiranya,
murid memberi maklum balas positif, maka guru dapat menyimpulkan bahawa
pengajarannya berjaya. Sekiranya maklum balas diberi negatif maka guru harus
membuat objektif dan pengajaran baru dan tidak berputus asa. Untuk subjek
kemahiran hidup, murid dapat menunjukkan semula aktiviti yang dilakukan pada
pembelajaran sebelum ini dengan sempurna. Contohnya adalah, memotong kayu
dengan lurus dan betul. Bagi menarikkan lagi teknik penutup ini guru boleh
menjanjikan pelajar yang menunjukkan hasil terbaik akan ditangkap gambar serta
diambil videonya. Kemudian guru boleh meletakkannya di dalam blog bagi ditonton
oleh guru, pelajar dan ibu bapa mereka. Ini membuatkan mereka lebih bersemangat
untuk melakukan aktiviti penutup. Ini bagi memperlihatkan hasil kerja mereka
kepada ibu bapa mereka.
Bagi penambahbaikan teknik dan kaedah pengajaran abad 21, guru boleh mengaitkan
dengan asbab dan faktor mempengaruhi kelas abad 21. Antaranya adalah susun atur di dalam kelas, sosial dan
emosi mereka di sekolah. 3 perkara ini dapat meningkatkan lagi keberkesanan
kaedah pengajaran dan pembelajaran abad 21.
“Semua insan mempunyai daya dan keinginan yang tinggi untuk belajar.
Kegagalan untuk belajar bukan kerana ketidakupayaanmurid tetapi puncanya
suasana pembelajaran yang kurang sesuai. (Carl Roger)”
Susun atur di dalam kelas dapat dikaitkan dengan persekitaran. Untuk
mendapatkan hasil yang positif, persekitaran bilik darjah harus dijaga dengan
rapi dan kemas. Kondisi di dalam bilik darjah juga haru selesa dan tenang.
Contohnya, pengudaraan yang sempurna perlu ada di setiap kelas. Kelas perlu ada
tingkap, pencahayaan dan kipas yang sesuai dan mudah untuk dijaga. Selain itu,
guru juga boleh menyusun atur corak tempat duduk murid dan memastikan tiada
berlakunya pilih kasih dalam menempatkan tempat duduk mereka. Contoh pilih
kasih yang tidak patut dilakukan oleh guru adalah murid yang disukai guru
didudukan di barisan hadapan manakala murid yang tidak disukai guru ditempatkan
di barisan belakang. Di samping itu, susun atur guru haruslah bersesuian dengan
subjek dan tajuk matapelajaran yang ingin di ajar oleh guru. Contoh susun atur
yang sesuai adalah bersemuka, seminar, auditorium dan pelbagai lagi.
Faktor sosial juga dapat dikaitkan dengan penambahbaikan kaedah dan
teknik pengajaran dan pembelajaran abad ke 21. Antara faktor sosial yang boleh
dilakukan adalah dengan menetapkan peraturan. Peraturan tersebut haruslah
dipersetujui oleh semua orang. Guru boleh menggunakan peneguhan positif dalam
melaksanakan peraturan di dalam kelas. Tamsilnya, pelajar yang melakukan
kebaikan dan mengikut akan diberikan bintang. Sekiranya bintang itu sudah
mencukupi dengan bilangan yang ditetapkan maka murid boleh menukarkannya dengan
hadiah yang berpatutan. Namun guru harus menetapkan peraturan yang mudah agar
murid mudah mengikuti. Antara contoh peraturan dalam subjek kemahiran hidup
adalah menyimpan semula dengan kemas alatan dan perkasas yang telah digunakan
di tempat asal. Murid yang dilatih mengikut arahan mudah akan mudah mengikuti
arahan guru yang komplek ketika teknik pengajaran dan pembelajaran abad 21
berbanding murid yang tidak dilatih.
Akhir sekali adalah dengan memperbaiki teknik pengajaran abad ke 21 melalui
penjagaan emosi murid yang seimbang selaras dengan falsafah pendidikan
kebangsaan. . teori BANDura. Penjagaan emosi amatlah penting dalam menjayakan
pengajaran dan pembelajaran abad ke 21. Emosi yang tidak terjaga akan
membantukan pembelajaran kanak-kanak kerana mereka tidak mendapat keseronokan
ketika belajar. Oleh itu, guru harus mempunyai sifat kepimpinan seperti
penyanyang, baik hati dan pelbagai lagi. Guru tidak memberi penekanan dalam
pemberian aktiviti. Contoh guru yang baik adalah guru yang memberi aktiviti
mudah dan menyeronokkan. Antara aktiviti yang boleh dijalankan adalah dengan
mengadakan pertandingan sihat antara murid. Contohnya, pertandingan membuat
roti sandwich bagi pelajar lembam.
3.0 Rujukan
Abdullah, N. (2013). Teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran.
Selangor: Penerbitan Multimedia SDN. BHD.
Ismail, S. (n.d.). Banding Beza Antara Model Addie dan Assure.
Retrieved February 20, 2016, from Academia:
Keow, C. L. (2011). Falsafah dan Pendidikan di Malaysia. Selangor:
Kumpulan Budiman.
Rashid, N. A. (2014). Murid dan Alam Belajar. Selangor: Oxford
Fajar SDN. BHD.
Rashid, N. A. (2102). Teknologi dalam Pengajaran dan pembelajaran.
Selangor: Oxford Fajar SDN.
BHD.
Zainal. (2012, September 26). Perbezaan Model Assure dan Model Addie.
Retrieved February 20, 2016, from Teknologi dan Inovasi dalam Pendidikan:
Langgan:
Ulasan (Atom)







