Rabu, 7 September 2016

cerita dongeng. Itik dan kucing

Satu hari

Dua hari.

Tiga hari.


Muncullah satu kawanan berbulu datang ke kolam di belakang rumah encik T. Meow.. Meow..

Berita ini sampai ke telinga kawanan itik.

Tuti: Tok ketua, Tok Ketua. Ada berita tergempar.

Tok Ketua: Kuek.Kuek.. Apo diokau cucu oi...

Tuti: Ada satu kawanan pembunuh sudah tibo kat kawasan kita ni.. Kuku nya tajam, Gigi nya tajam.. Semuanya tajam tok ketua.

Tok ketua: Serius...  Jeng.Jeng.Jeng.. Kumpul Sume Askar Terkuat kita.. Nila, Daging dan Kacuk  kauorg jadi panglima untuk 3 kumpulan ini.

Kumpuln itik bersiap sedia menyambut kedatangan kawanan tersebut. Mereka memanggil kawanan tersebut dengan nama 'Tajam"

bErita mengenai persiapan kumpulan itik sampai ke telinga ketua kucing...


Ketua kucing: Meow,meow,meoww, meoww

Semua kucing: Meowwwwwwwwwwww...Meowwwwwwwwwwwwwww

Bunyi laungan kucing kedengaran kelangit sehingga menggegar belakang rumah Encik T.
Semangat tentera itik mula merundum. Mereka menganggap Kumpulan Tajam Sudah siap untuk menyerang. Ramai yang mula bertempiaran lari membawa anak dan isteri.

ITik a: awak, mari kita lari bersama-sama
Itik B: Matilah kita. X kusangka dunia ini sementara(berlagu)

PAnglima Nila :  Quekkkkkkkkk..(bunyi kuek yang kuat kedengaran).. Pantang nenek moyang aku berundur tanpa melawan kuek. Jgn risau, aku panglima nila ada di sini kuek..

Semangat itik mula naik sedikit namun terdapat juga keraguan di dalam hati masing-masing.

Selepas beberapa ketika sampailah utusan kumpulan kucing ke kumpulan itik.

KUcing parsi: Gd mrning sir. Im from batalion 6, TuDio. MY name is Xavior Tasdor XV servant of the King Jimmy Rattlesnake come to visit this village in peace.

Tok ketua: Mak oiii nah.. Panjang gilor nama dier.. Apa dio mat salleh  ni ckop. Sapo boleh jadi translator.

Panglima Kacuk: Biar saya translate. Dia ni datang dari barat. Nama dio Tudio. Dia ni ader link ngan raja jimmy.. Datang sebab nak meminang anak tok ketua (Sarah) tu.

Parsi mendengar apa yang kacuk cakap ada sedikit sama bunyi yang dia cakap.

K. Parsi: Meow. That right.

Pangima Kacuk: Tok ketua, dia cakap diorang x sabar dah tu.

Tok ketua: Cakap kat dia mana org nyer.

P. Kacuk: Sear(sir). Mai(My) Tok ketua dial(deal) with ettt(it).

Parsi: Thank u for accepting our request. we will come in peace and out with peace.

Tok ketua x sabak nak tengok bakal menantunya. Saper x mau mat saleh yang kaya dan kacak. Dahlah diaoring ni berlumpur dan badan berbau.

Parsi give a signal with a unique sound..

Parsi;( meowwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwww.Meowwwwwwwwwwwwwwwww.meowwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwww)

Datanglah sekumpulan kucing yang bangsawan ke kampung tersebut. Tidak jadilah peperangan malah disambut dengan pesta yang meriah..

bersambung

-mingo-




Selasa, 6 September 2016

Tip praktikum

Tip berpraktikum pelatih guru

1. rilek saja.
Masa praktikum ni memamg dapat banyak kerja. Kalau dapat kerja, kita rilekja... Buat saja simple dan x payah gempak sangat. Kalau x lagi banyak kau dapat kerja. Bila wat kerja awal bulan tu buat kau tu nampak lembab sikit, baru lah xder kener suh keje.

2.Skill.
X payah nak mencapap(menunjuk-nunjuk). nanti kau jadi  cam sahabat aku ni. ngaku pandai ict. Padan muka, dari awal hingga akhir kener keje ict.. HAhahaha.. Serius.. jeng...jeng..jeng.. X percaya korang cuba nnti.

3.  Masa kena observe.
Org yang nget ngot saja buat sehabis baik awal2 tpi buat cacat di hujung bulan.. Bagi aku buat simplejer. Still calm until the end.. BBM buat jer. Tpi kalau lec suh kuar duit wat BBM.  tu masuk tinga kanan kuar tinga kiri... Soryy.. Nak makan dan bayar umah sewa praktikum pun x mampu, ni nak kuar duit untuk murid2.. Tunggu keje baru boleh ler.

4. Jenis manusia.

a).Kabut
siap2 baca doa. Dapat budak degil boleh meninghal korang

b)Calm(tenang)
Ni paling sesuai jadi cegu.. Tapi kalau meletop. Ready ubat penenang dalam beg. Kalau meletop abik ubat penenang dan meninghal dalam iman.

c)X care(x kesah)
Ni sifat terpuji aku suka. Kau tinggalkan kelas dan bagi bising satu sekolah. Sekali exsiden berlaku kat kelas sampai mati kau kener sumpah dengan pihak sekolah dan ibu bapa. Cegu x guna

d)talkative..
Kau suka bercakap dan disukai murid. Kau suka berbincang dan macam-macam lagi. Kalau berlebihan, kelas jadi bosan 

e) periang dan kreatif
Ini memg perlu ada.. Klau x, korang akan bosan dan x semangat nak mengajo..

Kesimplannya, sumer ciri ini guru perlu ader..cuma ia perlu diseimbangkan sahaja.







Kalau x wat rph, tertinggal fail dan etc

Kau cakap jujurjer ngan lec.. kener marah tu biasa... Sekali kau tipu lec sampai habis praktikum lec x percaya kau lagi.. Kener marah itu peringatan supaya dari cemerkap kepada cekap..


Praktikum x perlu stress. Just enjoyed your time bec x masuk kuliah kat ipg is better than kelas kat sek... 

Sayonara bye-bye..

-mingo-




Ahad, 10 April 2016

link ke blog penglihatan esta

https://esthersanta.wordpress.com
https://haashamired.wordpress.com/

Asighment muhammad ridwan

1.0      PENGHARGAAN
Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurnia-Nya dapatlah saya menyiapkan tugasan ini sehabis baik. saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pensyarah saya untuk subjek Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran, Puan Aliza Binti Adnan kerana telah banyak memberi tunjuk ajar dan bimbingan sepanjang menyiapkan tugasan ini. Pelbagai perkongsian ilmu yang telah dikongsikan bersama supaya dapat membuka mata dan menjana pemikiran untuk menghasilkan tugasan ini dengan baik. Terima kasih juga diucapkan kepada rakan-rakan kami yang turut membantu dengan berkongsi ilmu dan pengalaman mengenai tugasan ini. Tidak lupa juga kepada pihak yang membantu saya secara langsung atau tidak langsung. Terima kasih saya ucapkan. Jasa anda tidak akan saya lupakan.

2.0      TUGASAN 1
Model Addie dan Assure adalah antara contoh model rekabentuk pengajaran yang biasadigunakan sebagai panduan merekabentuk pengajaran yang mengandungi elemen teknologi. Penggunaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran akan dapat membantu pendidik untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam proses pembelajaran. Namun, di sini akan dijelaskan dengan lebih mendalam perbezaan kedua-dua model ini.

Menurut Norasiah Abdullah (2013), perbezaan pertama ialah model assure berfokus iaitu model ini berskala kecil dan lebih tertumpu kepada perancangan pengajaran bilik darjah dan boleh dijadikan panduan untuk merancang penggunaan media dalam pengajaran. Manakala model addie pula berfokus kepada Lima komponen utama yang boleh digunakan untuk merancang pengajaran yang sistematik.

Perbezaan seterusnya ialah dari segi tujuan. Model assure bertujuan Untuk menyediakan panduan merancang dan mengendalikan pengajaran yang memerlukan penggunaan media. Manakala model addie bertujuan untuk satu model desain pembelajaran. Yang lebih sifatnya lebih generik iaitu mode.

Menurut Latif (2006), model assure memiliki enam jenis peringkat iaitu yang memiliki ciri-ciri tertentu bagi setiap satu jenis. Pertama ialah analisis pelajar yang mempengaruhi gaya pembelajaran. Kedua ialah nyatakan objektif pembelajaran iaitu Mengenal pasti kebolehan atau prestasi yang akan dipelajari atau ditunjukkan oleh pelajar selepas mengikuti pelajaran. Ketiga ialah pilih media dan kaedah iaitu Pilih bahan yang menepati kehendak dan keperluan objektif atau ubah suai bahan multimedia. Keempat ialah gunakan media dan kaedah yang terdiri daripada preview bahan, sediakan bahan, sediakan persekitaran, sediakan pelajar, dan sediakan pengalaman pembelajaran. Kelima ialah dapat respons pelajar iaitu pelajar perlu dilibatkan dalam aktiviti pembelajaran seperti membuat latihan, perbincangan, latih tubi, kuiz, projek dan sebagainya. Kegiatan pengukuhan, seperti pengukuhan serta merta, diberi selepas pelajar memberi tindak balas yang betul. Keenam ialah Nilai bahan, kaeadah dan seluruh proses pengajaran.

Menurut Hisham (2015), model addie pula memiliki lima peringkat. Peringkat pertama ialah analisis iaitu analisis pelajar. Kedua ialah design iaitu Kenal pasti tentang reka bentuk, struktur, pendekatan pengajaran. Ketiga ialah pembangunan iaitu Pembangunan bahan pengajaran mengikut spesifikasi keperluan. Keempat ialah implement iaitu Laksanakan seperti yang dirancang sehingga terhasilnya suatu output. Kelima ialah evaluation iaitu dinilai samada memenuhi objektif.




















3.0      TUGASAN 3

Dalam pengajaran abad ke-21, penggunaan teknologi dalam pendidikan memainkan peranan yang sangat penting dalam pengajaran dan pembelajaran (Bunyamin, 2015). Hal ini demikian kerana kesan dan impak yang betul dan baik akan terhasil dengan penggunaan kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran yang sistematik berdasarkan cara abad ke-21. Lebih-lebih lagi cara abad ke-21 akan memberi kesan yang mendalam kepada murid-murid pendidikan khas bermasalah pembelajaran. Murid-murid berkeperluan khas yang dipilih adalah murid pintar cerdas.

Pelajar pintar cerdas dan berbakat merupakan individu yang memiliki potensi yang tinggi dalam pelbagai aspek perkembangan dan pertumbuhan. Bagi mengembangkan potensi dan bakat mereka dengan lebih sistematik dan berkesan, suatu program pendidikan khusus amat diperlukan.


Kaedah dan teknik pertama ialah set induksi. Menurut Noriati A. Rashid (2012), set induksi bertujuan untuk merangsang pemikiran murid-murid dengan lebih aktif dan berkesan di samping menggalakkan murid untuk berfikir secara spontan. Hal ini demikian bermaksud guru hendaklah memulakan kelas dengan mencungkil idea dan pemikiran pelajar yang berkaitan dengan situasi semasa dan berkaitan dengan tajuk yang hendak diajar. Selain itu, guru boleh juga berkongsi maklumat semasa dan membuat teka-teki.

Sebagai contohnya, guru boleh menayangkan video tentang punca kemerosotan akhlak dalam sejarah melaka. Setelah menayangkan video tersebut guru hendaklah meminta pelajar memberi pandangan berkaitan video tersebut. Murid boleh mengulas perkara tersebut berdasarkan pemahaman dan pengalaman mereka. Sudah pasti murid-murid akan melontarkan pandangan yang bernas berdasarkan pengalaman dan kebolehan mereka.

Selain itu, guru boleh juga bercerita tentang sejarah Melaka dan meminta murid memberi pandangan dan lakonkan watak-watak tersebut. Hal ini demikian menyebabkan murid-murid lebih menyelami keadaan yang sebenar. Kefahaman murid akan bertambah bila guru mengadakan lawatan ke tempat-tempat yang bersejarah tersebut. Lawatan sangat berfaedah untuk murid-murid supaya mereka sendiri akan melihat dan merasai apa sebenarnya yang dipelajari.

Kaedah dan teknik kedua ialah melalui cara pengembangan. Pengembangan pertama ialah pembelajaran berasaskan aktiviti. Hal ini demikian akan melibatkan pelbagai elemen seperti koperatif dan I-Think. Menurut Hailmi (2015), dalam aktiviti kolaboratif murid akan mempunyai kemahiran social, menguruskan usaha sendiri. Selain itu, aktiviti kumpulan tidak perlu dipantau guru. Persoalan diselesaikan dalam kumpulan.  Guru Cuma membimbing ke arah penyelesaian jika perlu. Semua draf kerja disimpan oleh murid. Murid menilai prestasi kerja ahli kumpulan tanpa  dibimbing oleh guru.

Contoh pembelajaran berasaskan aktiviti pertama ialah round table. Mula-mula murid duduk dalam kumpulan yang telah di tetapkan. Selepas itu, guru mengemukakan satu topik yang ingin diajar hari ini. Secara bergilir-gilir, murid mencatat satu idea. Murid menggunakan pen dan kertas yang sama. Hasil dapatan hendaklah dibentangkan di dalam kelas. Pastikan semua pendengar memahami apa yang di bentangkan.

Contoh pembelajaran berasaskan aktiviti kedua ialah ‘Think-Pair-Share’. Pertama sekali topik yang hendak dibincangkan hendaklah diberikan oleh guru. Murid hendaklah berfikir sendiri dalam jangkamasa dan waktu yang tertentu. Apabila masa tamat, murid hendaklah berkongsi idea bersama pasangan masing-masing. Apabila masa tamat, murid hendaklah berkongsi dengan keseluruhan kelas.

Contoh pembelajaran berasaskan aktiviti ketiga ialah Deklamasi Sajak atau Nyanyian. Murid dibenarkan membuat persediaan dalam kumpulan terlebih dahulu. Tajuk diberikan berdasarkan topik yang hendak diajar.  Murid boleh mengubahsuai mengikut kreativiti dan kesesuaian dan hendaklah tidak terkeluar daripada topik. Murid membuat persembahan di hadapan kelas.

Contoh pembelajaran berasaskan aktiviti keempat ialah Pembentangan. Murid hendaklah membuat pembentangan untuk mempersembahkan hasil dapatan kepada keseluruhan kelas. Aktiviti ini boleh dilaksanakan dengan berbagai cara dan bahan. Aktiviti ini juga boleh menggunakan ICT atau tanpa ICT. Penggunaan ICT seperti pembentangan slide dan video. Penggunaan tanpa ICT seperti pembentangan dengan kertas majong dan bahan -bantu mengajar yang lain.

Contoh pembelajaran berasaskan aktiviti kelima ialah permainan jigsaw. Mulakan dengan ‘Kumpulan Rumah’ terlebih dahul. Setiap ahli diberikan nombor mengikut topik kecil yang telah diberikan oleh guru berdasarkan topik. Mereka dipanggil ‘Kumpulan Pakar’. Kumpulan Pakar duduk bersama untuk membincangkan topik mereka. Setiap ahli kumpulan pakar perlu memberikan cadangan yang bernas. Selepas peruntukan masa tamat, Kumpulan Pakar kembali kepada Kumpulan Rumah. Mereka akan membimbing rakan dalam Kumpulan Rumah dalam tajuk kursus mereka masing-masing.

Contoh pembelajaran berasaskan aktiviti keenam ialah hot seat. Aktiviti susulan selepas murid membuat bacaan dan kajian (individu atau kumpulan). Seorang murid akan duduk dikerusi yang disedikan dan menjadi’pakar’ atau ‘watak’. ‘pakar’ atau ‘watak’ akan menjawab segala soalan yang dilontarkan oleh murid lain. ‘pakar’ atau ‘watak’ hendaklah menjawab setiap soalan yang diberikan dengan jelas dan mudah difahami.

Contoh pembelajaran berasaskan aktiviti ketujuh ialah main peranan. Murid diberi tanggungjawab untuk memegang peranan dan watak. Sebagai contohnya, watak Hang Tuah dan Hang Jebat dipilih. Murid diberikan masa untuk membuat persediaan secukupnya agar pelaksanaan lebih mantap. Murid hendaklah Membuat persembahan dengan memainkan watak yang telah mereka pilih.

Contoh pembelajaran berasaskan aktiviti kelapan ialah ‘Gallery Walk’. Guru hendaklah membahagikan tajuk bagi setiap murid. Murid menampal hasil kerja di dinding untuk dilihat oleh kumpulan lain. Biasanya murid boleh menulis komen tentang hasil kerja kumpulan lain di atas sticker note dan menampal di atas hasilan kerja itu.

Contoh aktiviti kesembilan ialah peta I-Think. Penggunaan peta I-Think sangat penting bagi murid untuk meningkatkan kefahaman secara menyeluruh dan sistematik serta berperingkat-peringkat. Selain itu,  menggunakan peta pemikiran sebagai alat untuk menjana idea dan pemikiran murid serta Sebagai satu alat untuk murid membuat kajian atau carian dan dipersembahkan dalam bentuk grafik yang menarik.

Teknik dan kaedah yang ketiga ialah pengukuhan dan pengayaan. Hal ini bertujuan untuk Mengembangkan pengetahuan yang dipelajari, menerapkan dalam situasi sebenar dalam kehidupan seharian dan mencungkil idea baru dengan lebih sistematik dan terancang.

            Menurut Creswell (2009), guru hendaklah menitikberatkan kemahiran berfikir aras tinggi dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Kemahiran berfikir aras tinggi sangat penting bagi meransang pemikiran dan kebolehan murid ke tahap yang tertinggi. Murid akan lebih mengetahui apa yang tersirat dan tersurat dalam sesuatu pembelajaran tersebut.

            Teknik dan kaedah keempat ialah penilaian. Kaedah pertama ialah secara informal. Hal ini demikian bermaksud guru boleh menilai murid dengan cara pemerhatian, lisan, kuiz soal jawab, perbincangan dan penilaian kendiri. Kaedah yang kedua ialah secara formal seperti mengadakan ujian, laporan pembentangna murid, tugasan dan folio.

            Teknik dan kaedah kelima ialah membuat kesimpulan. Hal ini demikian untuk Mencari maklumbalas objektif pengajaran Merumuskan isi pengajaran dan pembelajaran. Penambahbaikan. Membincangkan pencapaian.


Cadangan Penambahbaikan untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.
Penambahbaikan pertama ialah meningkatkan kaedah hubungan komunikasi dua hala. Hal ini demikian hubungan komunikasi dua hala ini yang dimaksudkan ialah hubungan antara guru dengan pelajar. Menurut Murti (2010), kemahiran komunikasi merupakan salah satu elemen yang sangat penting dalam tatacara perhubungan guru dengan pelajar. Hubungan komunikasi di sekolah melibatkan hubungan antara guru dengan pelajar. Guru yang berdedikasi akan mengenali para pelajarnya kerana apabila seseorang guru itu mengetahui tentang latar belakang pelajarnya, setiap permasalahan yang timbul sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran dapat dianalisis oleh guru.

Sebagai contohnya, seseorang guru yang amat menitiberatkan tentang hubungan dengan para pelajar dengan sendirinya berjaya mengambil hati para pelajar sekaligus menyebabkan kelas dalam keadaan terkawal sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Dalam proses pembelajaran, kasih sayang, persefahaman dan saling memahami antara guru dan murid amat penting.

Penambahbaikan kedua ialah Konsep Emotional Intelligence. Antara kaedah pengajaran lain yang dicadangkan untuk menjadikan para pelajar terkawal semasa proses pengajaran dan pembelajaran ialah penggunaan Konsep Emotional Intelligence. Terdapat 2 aspek intrapersonal dalam konsep ini iaitu:
Pertama ialah kebolehan mengendalikan emosi sendiri, atau ‘to know your emotions.’ Penerapan aspek ini sangat penting bagi guru dan pelajar. Menurut Ibrahim (2015), sebelum memasuki kelas untuk mengajar, guru hendaklah memastikan bahawa dia telah bersedia dari aspek mental dan fizikal dan berharap para pelajar juga bersedia untuk menerima ilmu dan maklumat yang ingin diajar atau disampaikan nanti. Hal ini kerana pengendalian emosi amat penting agar kita dapat mengenali emosi atau perasaan dan keperibadian sendiri. Oleh yang demikian adalah mudah untuk menentukan sasaran dan matlamat yang ingin dicapai.
Kedua ialah kebolehan mengawal emosi. Sebagai seorang guru, kebolehan mengawal emosi amat penting kerana untuk mewujudkan kawalan kelas yang mantap, setiap tutur kata haruslah dijaga supaya tidak menimbulkan rasa kecil hati atau kemarahan para pelajar. Apabila masalah pelajar kecil hati atau tersinggung dengan tutur kata guru, maka akan wujudlah perasaan benci atau memberontak dalam jiwa pelajar dan ini akan mendorong para pelajar terlibat dalam masalah disiplin seperti mengganggu kelas, bising, ponteng kelas dan sebagainya.

Penambahbaikan ketiga ialah pengulangan. Tidak semua pelajar mempunyai tahap yang sama di dalam proses mengingati tentang sesuatu pembelajaran yang diajarkan kepada mereka. Oleh itu, pembelajaran yang dibantu ulang untuk proses mengingati diperlukan untuk memberikan tanggapan yang lebih jelas dan tidak mudah dilupakan. Perkara ini boleh dinyatakan apabila kita mengulang dengan cara dan kaedah yang baik di dalam bilik darjah, semakin lama ia akan menjadi semakin jelas sehingga dapat digunakan oleh pelajar untuk menyelesaikan permasalahan yang timbul.

Sebagai contohnya, pengulangan secara teratur, pada waktu-waktu yang tertentu atau setelah setiap topik itu diberikan, maka ia sangat membantu proses pengajaran dan pembelajaran. Hal yang demikian memberikan pengetahuan kepada pelajar bahawa pengulangan merupakan suatu proses pendidikan yang mereka boleh aplikasikan dalam kehidupan mereka. Ini menjadikan bahawa proses pengulangan adalah suatu konsep bagi fungsi pembelajaran itu sendiri.

Penambahbaikan keempat ialah menimbangkan perbezaan individu (pelajar). Semasa proses pengajaran dan pembelajaran, guru juga perlu menimbangkan perbezaan individual antara pelajar. Terdapatnya perbezaan bakat dan kebolehan di antara pelajar yang perlu diuruskan dengan baik di dalam bilik darjah. Perbezaan bakat dan kebolehan antara pelajar di dalam sesebuah kelas di mana terdapat kecekapan dan ketangkasan pelajar berbeza secara individual.

Ada di antaranya yang cerdik dan cerdas sehinggakan mampu untuk menerima dengan cepat ilmu pelajaran yang disampaikan kepadanya. Tahap ini merupakan tahap keboleh-penerimaan yang tinggi. Namun, perlu diingat bahawa masih ramai pelajar yang mempunyai tahap keboleh-penerimaan yang biasa dan rendah. Disebabkan tahap keboleh-penerimaan yang berbeza-beza ini menyebabkan guru yang terlibat dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas perlu menyeimbangkan kaedah, skop serta aktiviti pembelajaran agar semua pelajar yang mempunyai tahap penerimaan yang berbeza dapat mengikuti pembelajaran dengan baik. Dengan cara ini, ianya dapat mengembangkan kemampuan-kemampuan pelajar secara individual.

Menurut Nizam (2015), pelajar yang mempunyai tahap keboleh-penerimaan yang tinggi hanya perlu mendapat penerangan yang lebih ringkas kerana pengetahuan sedia ada serta kebolehan memahami yang cepat. Ini berbeza dengan pelajar yang berada pada tahap sederhana dan rendah yang memerlukan lebih penerangan dan kaedah yang lebih mudah difahami supaya mereka dapat mengikuti memahami pelajaran dengan baik. Oleh yang demikian, perbezaan individual perlu dipertimbangkan agar guru dapat menggunakan teknik dan kaedah yang sesuai untuk semua pelajar dan memberi peluang sama rata kepada pelajar untuk mendapat ilmu pengetahuan yang diajarkan.














Bibliography

Bünyamin, B. (2015). Desighning PCM Instruction by Using Assure Instructional Design Model. International Journal on New Trends in Education and Their Implications, 1-13.
Creswell. (2009). Research design: Qualitative, quantitative, and mix. California: Sage Publications.
Hailmi. (2015, januari). Buletin Anjakan. Retrieved from Pembelajaran Abad ke--21: www.hailmi.com
Hailmi. (2015, november). Pembelajaran Abad ke-21. Retrieved from Buletin anjakan: www.cikguhailmi.com
Hisham, B. (2015, Oktober 2). Penilaian Kendiri Amalan Pengajaran Dan Pembelajaran Abad k -21. Retrieved from Researchgated: https://www.researchgate.net/publication/282355763_PENILAIAN_KENDIRI_AMALAN_PENGAJARAN_DAN_PEMBELAJARAN_ABAD_KE_-21_PENSYARAH_INSTITUT_PENDIDIKAN_GURU_KAMPUS_IPOH
Ibrahim, A. A. (2015). Comparative Analysis between System Approach, Kemp, and. International Journal of Education and Research, 1-10.
Latif, A. (2006). Domain Penilaian Dalam Teknologi Pendidikan. Tanjong Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Murti, K. E. (2010). Pendidikan Abad ke-21 dan Implementasinya Pada Pembelajaran. Pendidikan Berterusan, 30-32.
Nizam, M. (2015, November 14). Sk Kampong Sadek. Retrieved from Pembelajaran Abad ke-21: http://www.skkgsadek.com/2015/01/pembelajaran-abad-ke-21.html
Norasiah Abdullah, N. R. (2013). Teknologi Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran. Selangor: Penerbitan Multimedia.
Noriati A. Rashid, B. P. (2012). Teknologi Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran. Selangor: Oxford Fajar.


 



Amali camera sim

Perkaitan aperture dengan iso

Link ke amali kamera sim

https://drive.google.com/drive/my-drive

assignment tmk 2016 haziq

Description: Logo KPM Baharu
Description: C:\Users\Shahril Abdul Rahman\Documents\Perancangan 2013\Logo IPG KPM\IPG.jpg
JABATAN ILMU PENDIDIKAN
KAMPUS ILMU KHAS, KUALA LUMPUR

TUGASAN KERJA KURSUS/ PROJEK
(INDIVIDU)
SEMESTER: 4
TAHUN: 2016

EDU 3053
Teknologi Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran

DISEDIAKAN OLEH:
MUHAMMAD ZULHAZIQ BIN HUSIN
No. K/P: xxxxxxxxx
Program: PISMP AMBILAN JUN 2014
Kumpulan Akademik:
ANGKA GILIRAN:
G 4.2
20142317xxxxx

PENSYARAH:
PUAN ALIZA BINTI ADNAN
TARIKH SERAHAN:
TARIKH DITERIMA:
4 MAC










PENGHARGAAN

            Saya bersyukur kepada Allah s.w.t kerana dengan rahmatnya saya dapat melaksanakan dan menyiapkan tugasan ini dengan sempurna.  Ucapan terima kasih yang tidak terhingga juga saya panjangkan kepada  selaku pensyarah pemimbing saya iaitu Pn. Aliza , yang tidak jemu-jemu memberikan tunjuk ajar dan panduan yang amat berharga kepada saya. Tanpa bantuan beliau, tugasan ini sukar untuk saya sempurnakan.
           
       Selain itu, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan sekelas yang telah bekerjasama dengan saya untuk menyiapkan kerja khusus ini. Kerjasama rakan-rakan amat saya hargai.

            Akhir sekali, saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada individu-individu sama ada secara langsung atau tidak langsung membantu saya semasa melaksanakan tugasan ini.


Sekian, terima kasih.












Contents

 




 



1.0 Pengurusan Grafik

 

Addie dan Assure
Model assure didefinisikan dengan penyediaan panduan merancang dan mengendali pengajaran dan pembelajaran dengan kehadiran media. Manakala Model Addie pula mendefinisikan dengan satu proses biasa yang perlu diubah suai sebelum digunakan serta menjadi asas untuk rancangan pengajaran.

Terdapat banyak perbezaan antara model addie dan assure. Antara adalah pemilihan media atau objek pembelajaran di dalam kelas. Pemilihan media dan objek pembelajaran oleh model assure lebih terperinci berbanding model addie. Di dalam langkah ke-4 assure iaitu ‘Utilize media, method and materials’ pelajar didedahkan dan disediakan bahan, persekitaran, kesediaan pelajar serta pengalaman pembelajaran bagi memaksimumkan keberkesanan pembelajaran tamsilnya lawatan luar ke zoo Negara. Model addie lebih kepada pemberian bahan oleh guru secara pelbagai seperti ‘slide power point’, laman sesawang dan lain-lain. Ini mebuatkan assure memberi pembelajaran pengalaman yang lebih efektif berbanding addie.

Seterusnya Model assure juga mempunyai penyemakan selepas penilaian manakala model addie tiada penyemakan selepas penilaian. Penyemakan dilakukan bagi memastikan sama ada teknik pengajaran itu berkesan ataupun tidak. Sekiranya tidak berkesan, guru boleh menukar tekniknya kepada teknik pengajaran lain yang berkesan.
 Model Assure lebih berfokus kepada skala kecil manakala model addie lebih kepada skala besar dan bersifat generalisasi. Contoh dalam model assure adalah matawang dalam subjek matematik manakala model addie pula adalah pengiraan dalam subjek matematik. Ini bermaksud model assure adalah model yang menggunakan tahap pengajaran yang tinggi berbanding model addie dan ia boleh digunakan untuk murid yang sudah menguasai asas pembelajaran.

Selain itu, model assure lebih memperincikan penglibatan pelajar seperti penglibatan aktiviti membuat latihan, perbincangan dan lain-lain. Manakala model addie tidak memperincikan latihan kerana model ini mengikut kemampuan pelajar dan lebih tepat adalah berlandaskan teori behaviourisme. Model assure melatih pelajar bergiat aktif tanpa halangan, Guru bersifat kreatif dan sentiasa berfikir untuk memajukan murid ke hadapan.










 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

2.0 Penulisan Akademik (Masalah Pembelajaran)(Kemahiran Hidup)


            Pada abad ke-21 ini, media dan teknologi berjalan seiring dengan perjalanan masa hingga ke hari ini. Pengajaranan yang melibatkan penggunaan media dan teknologi memberikan kelebihan kepada pelbagai pihak termasuklah pengguna yang mengaplikasikannya di dalam dan luar bilik darjah. Teknologi boleh menjadi pengganti pada guru ketika ketidakberadaan guru di dalam kelas. Contohnya, guru boleh memberikan tugasan untuk dilakukan dengan menggunakan teknologi seperti ‘SCHOOLOGY’. Teknologi juga dapat membantu guru didalam kelas bagi meningkatkan keberkesanan pengajaran di dalam bilik darjah. Tamsilannya, aktiviti induksi yang menarik dapat menarik minat pelajar untuk belajar. Selain itu, teknologi juga dapat mengembangkan kognitif murid. Penggunaan teknologi dapat mengembangkan intuisi dan imaginasi ke tahap maksimum bagi melahirkan pelajar cemerlang. Mereka yang didedahkan dengan teknologi akan ditanam dengan sifat ingin maju kehadapan dan memberi pelajar kemahiran berfikir aras tinggi. Contoh, teknologi yang melibat 'genre' puzzle memberi kepuasan minda sihat pelajar disamping melahirkan insan minda kelas pertama. Pendidikan juga memberi peluang pada pendidikan jarak jauh. Marcapada, zaman dipenuhi dengan kerakusan dan jenayah tanpa sempadan membuatkan ibubapa takut memberikan kepercayaan kepada permata kecil mereka untuk menimba ilmu di sekolah. Maka ibu bapa boleh menggunakan teknologi yang membenarkan mereka menggunakan teknologi bagi pendidikan untuk anaknya. Mereka boleh menggunakan rakaman ataupun pembelajaran online secara bermuka. Akhir sekali, teknolgi membenarkan manusia menimba ilmu tanpa sempadan. Bayangkanlah, di zaman moden ini manusia boleh mempelajari membuat bom dengan menonton Youtube sahaja. Maka tidak mustahil pelajar mencari maklumat yang diinginkan termasuklah ilmu yang melebihi daripada pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Tuntasnya, sekiranya teknologi digunakan dengan sehabis baik, tidak mustahil lahirnya Einstein baru di Malaysia.
Tidak terkecuali juga pelajar pendidikan khas bermasalah pembelajaran. Mereka sememangnya memerlukan teknologi untuk membantu mereka dalam pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, guru harus menerapkan teknologi dalam teknik dan kaedah pembelajaran selaras dengan kehendak Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025) mengenai kelas abad ke- 2 tidak kira jenis masalah murid.
“Satu teknik pembinaan kemahiran yang mudah dan berkesan jika pada   satu tahap kreativiti diperoleh dalam pembelajaran yang diingini. (Orlich et al. (2007))”.

Antara elemen dan teknik yang dapat diterapkan dalam pengajaran dan pembelajaran abad 21 adalah penggunaan set induksi. Set induksi satu kaedah awalan yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran bagi menarik minat pelajar. Tekniknya adalah guru mengadakan satu aktiviti bagi yang boleh meningkatkan produktiviti dan rangsangan minda murid seperti penggunaan eleman kemahiran berfikir aras tinggi(KBAT). Aktiviti set induksi juga perlu dikaitkan dengan pengetahuan sedia ada dan pembelajaran yang ingin diajar pada hari tersebut. Tamsilnya, aktiviti jual beli dapat dikaitkan dengan pengajaran subjek kemahiran hidup. Guru boleh menggunakan aktiviti menjahit pelbagai barang yang telah disediakan oleh guru seperti butang baju, pin seluar dan pelbagai lagi. Bagi menjayakan set induksi ini guru harus sentiasa bersedia dan berfikiran kritis serta kreatif dalam penghasilan aktiviti set induksi ini bagi memaksimumkan keberhasilannya. Bagi penambahbaikan aktiviti ini, guru boleh menggunakan teknologi seperti menunjukkan video sesi jual beli di pasar raya atau di tepat lain.

Seterusnya, adalah pembelajaran berasas aktiviti. Pembelajaran ini memastikan semua pelajar melibatkan diri dengan aktif.. Objektif pembelajaran ini adalah memastikan pelajar dapat berkomunikasi bersama, berfikiran kritis serta kreatif, berdikari, mempunyai sifat pemimpin, berdaya saing dan pelbagai lagi. Antara kaedah yang boleh dilakukan adalah dengan pembahagian kepada kumpulan-kumpulan kecil. Antara aktiviti yang boleh dilakukan adalah main peranan, simulasi dan perbentangan mengikut tajuk yang diberi oleh guru. Aktiviti ini dapat memberi peluang murid membuat analitikal serta menyampaikan maklumat bagi mencapai objektif murid proaktif dan bertentangan dengan murid pasif seperti pembelajaran tradisional di Malaysia. Bagi menjayakan aktiviti ini guru harus memberi peluang pengajaran berpusatkan murid dan bahan. Guru harus menjadi pembimbing dengan membetulkan kesilapan murid di pertengahan dan akhir pengajaran dan pembelajaran. Bagi murid bermasalah pembelajaran, mereka lebih mudah memahami sesuatu perkara yang praktikal daripada pembelajaran biasa. Oleh itu, aktiviti yang berasas bahan amatlah berkesan dan sangat sesuai untuk mereka. Antara aktiviti berasaskan bahan adalah seperti menjahit. Guru menunjukkan cara menjahit dengan menggunakan LCD dan pelbagai lagi alatan dan teknologi yang sesuai.
Yang ke-3 bagi kaedah dan teknik pembelajaran dan pengajaran abad ke 21 adalah teknik pengukuhan dan penggayaan. Teknik ini dilakukan selepas pembelajaran berlaku bagi memperkembangkan kemahiran, kreativiti dan kefahaman terhadap pembelajaran tersebut. Teknik ini juga bertujuan murid mengaplikasi pembelajaran lama kepada perkara yang lebih komplek serta berguna untuk hehidupan mereka. Antara aktiviti yang sesuai dilakukan adalah dengan mengadakan permainan atau kuiz yang menarik. Bagi menjayakan lagi aktiviti ini, guru boleh menerapkan unsur kemahiran aras tinggi dan pengurusan peta minda. Tamsilnya, untuk matapelajaran kemahiran hidup, guru boleh memberi aktiviti membina bongkah kayu tertinggi yang stabil. Ini bagi melihat murid mengaplikasikan pembelajaran awal mereka serta mengasah bakat semula jadi mereka. Antara aktiviti yang guru boleh lakukan adalah aktiviti permainan kecil kuiz yang menggunakan muzik. Permainan ini melibatkan semua orang dengan memberi barang seperti kotak kepada orang sebelah mengikut alunan muzik. Murid terakhir yang memegang kotak apabila muzik dihentikan maka dia akan memilih soalan yang telah disediakan seperti soalan 3. Sekiranya betul maka diberikan hadiah dan sekiranya salah didenda melakukan sesuatu perkara tetapi masih berkaitan dengan pembelajaran pada hari tersebut.

Seterusnya adalah teknik penilaian. Penilaian adalah teknik yang dilakukan bagi melihat hasil pembelajaran itu berhasil ataupun tidak. Ia dilakukan apabila pembelajaran sudah dihabiskan. Antara cara penilaian yang berkesan adalah dengan melakukan kuiz, ujian dan pelbagai lagi. Penilaian tersebut harus dilakukan dengan jujur tanpa berlakunya kegiatan plagiat bagi mendapat hasil yang bersih. Ini bagi memastikan hasil daripada penilaian dapat digunakan oleh guru untuk rumusan seperti buku rekod. Untuk penilaian kemahiran hidup, guru boleh memberi tugasan secara objektif dan subjektif. Soalannya mesti mempunyai aras kesukaran seperti aras kefahaman, aras berfikir aras tinggi dan sebagainya. Bagi melihat keputusan secara keseluruhan, guru boleh membina peta graf keputusan pelajar. Guru juga boleh memberi galakan dengan memberi peneguhan seperti membuat memberi hadiah. Selepas murid itu mencapai aras dan keputusan yang cemerlang, mereka diberi hadiah dan menjadi murid contoh untuk ikutan ramai. Contoh hadiah yang sesuai untuk murid abad 21 adalah diberi peluang merasmikan teknologi yang disediakan guru dahulu berbanding rakannya lain

Akhir sekali, teknik penutup dan kesimpulan harus dilakukan selepas penilaian. Teknik ini bertujuan melihat keberkesanan pembelajaran sama ada obkektif tercapai ataupun tidak. Guru boleh mencari maklum balas daripada murid dengan menyuruh mereka merumuskan isi pengajaran dan cara penambahbaikan untuk matapelajaran tersebut. Guru juga boleh bertanyakan apakah impak pembelajaran tersebut dan adakah ianya dapat di aplikasikan dalam kehidupan. Sekiranya, murid memberi maklum balas positif, maka guru dapat menyimpulkan bahawa pengajarannya berjaya. Sekiranya maklum balas diberi negatif maka guru harus membuat objektif dan pengajaran baru dan tidak berputus asa. Untuk subjek kemahiran hidup, murid dapat menunjukkan semula aktiviti yang dilakukan pada pembelajaran sebelum ini dengan sempurna. Contohnya adalah, memotong kayu dengan lurus dan betul. Bagi menarikkan lagi teknik penutup ini guru boleh menjanjikan pelajar yang menunjukkan hasil terbaik akan ditangkap gambar serta diambil videonya. Kemudian guru boleh meletakkannya di dalam blog bagi ditonton oleh guru, pelajar dan ibu bapa mereka. Ini membuatkan mereka lebih bersemangat untuk melakukan aktiviti penutup. Ini bagi memperlihatkan hasil kerja mereka kepada ibu bapa mereka.

Bagi penambahbaikan teknik dan kaedah pengajaran abad 21, guru boleh mengaitkan dengan asbab dan faktor mempengaruhi kelas abad 21. Antaranya  adalah susun atur di dalam kelas, sosial dan emosi mereka di sekolah. 3 perkara ini dapat meningkatkan lagi keberkesanan kaedah pengajaran dan pembelajaran abad 21.

Semua insan mempunyai daya dan keinginan yang tinggi untuk belajar. Kegagalan untuk belajar bukan kerana ketidakupayaanmurid tetapi puncanya suasana pembelajaran yang kurang sesuai. (Carl Roger)”

Susun atur di dalam kelas dapat dikaitkan dengan persekitaran. Untuk mendapatkan hasil yang positif, persekitaran bilik darjah harus dijaga dengan rapi dan kemas. Kondisi di dalam bilik darjah juga haru selesa dan tenang. Contohnya, pengudaraan yang sempurna perlu ada di setiap kelas. Kelas perlu ada tingkap, pencahayaan dan kipas yang sesuai dan mudah untuk dijaga. Selain itu, guru juga boleh menyusun atur corak tempat duduk murid dan memastikan tiada berlakunya pilih kasih dalam menempatkan tempat duduk mereka. Contoh pilih kasih yang tidak patut dilakukan oleh guru adalah murid yang disukai guru didudukan di barisan hadapan manakala murid yang tidak disukai guru ditempatkan di barisan belakang. Di samping itu, susun atur guru haruslah bersesuian dengan subjek dan tajuk matapelajaran yang ingin di ajar oleh guru. Contoh susun atur yang sesuai adalah bersemuka, seminar, auditorium dan pelbagai lagi.

Faktor sosial juga dapat dikaitkan dengan penambahbaikan kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran abad ke 21. Antara faktor sosial yang boleh dilakukan adalah dengan menetapkan peraturan. Peraturan tersebut haruslah dipersetujui oleh semua orang. Guru boleh menggunakan peneguhan positif dalam melaksanakan peraturan di dalam kelas. Tamsilnya, pelajar yang melakukan kebaikan dan mengikut akan diberikan bintang. Sekiranya bintang itu sudah mencukupi dengan bilangan yang ditetapkan maka murid boleh menukarkannya dengan hadiah yang berpatutan. Namun guru harus menetapkan peraturan yang mudah agar murid mudah mengikuti. Antara contoh peraturan dalam subjek kemahiran hidup adalah menyimpan semula dengan kemas alatan dan perkasas yang telah digunakan di tempat asal. Murid yang dilatih mengikut arahan mudah akan mudah mengikuti arahan guru yang komplek ketika teknik pengajaran dan pembelajaran abad 21 berbanding murid yang tidak dilatih.



Akhir sekali adalah dengan memperbaiki teknik pengajaran abad ke 21 melalui penjagaan emosi murid yang seimbang selaras dengan falsafah pendidikan kebangsaan. . teori BANDura. Penjagaan emosi amatlah penting dalam menjayakan pengajaran dan pembelajaran abad ke 21. Emosi yang tidak terjaga akan membantukan pembelajaran kanak-kanak kerana mereka tidak mendapat keseronokan ketika belajar. Oleh itu, guru harus mempunyai sifat kepimpinan seperti penyanyang, baik hati dan pelbagai lagi. Guru tidak memberi penekanan dalam pemberian aktiviti. Contoh guru yang baik adalah guru yang memberi aktiviti mudah dan menyeronokkan. Antara aktiviti yang boleh dijalankan adalah dengan mengadakan pertandingan sihat antara murid. Contohnya, pertandingan membuat roti sandwich bagi pelajar lembam.
























3.0 Rujukan




Abdullah, N. (2013). Teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran. Selangor: Penerbitan Multimedia SDN. BHD.


Ismail, S. (n.d.). Banding Beza Antara Model Addie dan Assure. Retrieved February 20, 2016, from Academia:


Keow, C. L. (2011). Falsafah dan Pendidikan di Malaysia. Selangor: Kumpulan Budiman.


Rashid, N. A. (2014). Murid dan Alam Belajar. Selangor: Oxford Fajar SDN. BHD.


Rashid, N. A. (2102). Teknologi dalam Pengajaran dan pembelajaran. Selangor: Oxford Fajar SDN.
            BHD.


Zainal. (2012, September 26). Perbezaan Model Assure dan Model Addie. Retrieved February 20, 2016, from Teknologi dan Inovasi dalam Pendidikan: