Jumaat, 4 Mac 2016

tajuk: Assure model instructional plan (mata wang)
subjek: matematik
topik: bab 4 matawang
tahun: 1
guru: Muhammad Ridwan b. Abdullah dawawi dan Muhammad Zulhaziq b. Husin
masa: 30 minit

1. analyze learners (note)
Sesuatu bahan yang dibina oleh guru perlu mengenalpasti pelajar dari segi umur, latar belakang sosioekonomi, kebolehan dan pengetahuan sedia ada. Murid pasif perlu ada bahan yang mampu menarik minat pelajar. Pada tahap ini, masalah pengajaran, objektif dan matlamat pengajaran perlu diteliti dahulu.

    Proses menganalisa murid penting kerana berdasarkan maklumat ini guru mampu membangunkan bahan yang baik dan bersesuaian dengan latar belakang murid. Penghasilaan bahan yang sesuai mampu membantu murid memahami dan mengenal pasti maklumat pembelajaran berkaitan tajuk dengan mudah. Model yang tepat, penganalisaan guru yang betul dan kebolehan guru menyampaikan maklumat dengan baik akan mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang menarik di dalam bilik darjah seterusnya mencapai objektif pembelajaran tajuk tersebut.

maklumat analisis (note)
A. murid masalah lembam dan murid masalah biasa.
B. berasal daripada keluarga marhain
C. murid tahun 1 

2. state objektive (note)
Guru perlu menentukan objektif atau hasil pembelajaran yang mahu dicapai. Objektif mestilah dinyatakan secara eksplisit supaya mudah diukur dan dicapai. Sebelum pembelajaran bermula, menentukan objektif adalah penting supaya guru dapat menetapkan sasaran yang mahu dicapai dan seterusnya menetapkan apa yang murid perlu dapat.
       
    Secara langsung, objektif pengajaran amat penting untuk dicapai  kerana ia memberi panduan untuk guru melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Begitu juga pemilihan bahan bantu mengajar dalam aktiviti murid turut dapat membantu mencapai objektif. Oleh itu, analisa guru, pemilhan bahan, penetapan objektif dan pelaksanaan pengajaran yang berkesan mampu mencapai objektif pengajaran sesuatu tajuk. 

maklumat objektive
A. dapat mengenalpasti matawang kertas 1,2,5,10 berserta duit syiling 1 sen, 5 sen, 10 sen dan 50 sen
B. dapat membezakan nilai matawang saiz, bentuk dan warna
C. dapat  menggunakan matawang dalam kehidupan harian seperti membeli dan menjual

3. select media, material and method
ASSURE mencadangkan 5 prinsip dalam penggunaan media iaitu “preview” media, memastikan media tidak bermasalah, menentukan lokasi, menentukan pelajar serta memastikan media tersebut mampu memberi pengalaman baru kepada pelajar. Penggunaan media  berdasarkan 5 prinsip di atas mampu menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Walau bagaimanapun kos dan waktu pengajaran perlu diambil kira. Adakalanya media yang bersesuaian dengan topik tidak dapat dipertontonkan pada waktu mata pelajaran tersebut.   


maklumat select meddia, material and method
A. video , audio dan bahan maujud serta bahan bantu mengajar
B. duit kertas dan duit syiling
C. melalui aktiviti atau permainan

4Utilise media and materials (Gunakan media dan bahan)     
Penggunaan media dan bahan dalam proses pengajaran dan pembelajaran amat penting kerana penggunaan bahan dan media yang betul akan dapat menentukan keberkesanan proses pembelajaran tersebut. Mencari sumber maklumat melalui internet dalam menyediakan bahan adalah salah satu penggunaan yang baik. Guru juga boleh menggunakan ninternet semasa mengajar. Buku teks, carta visual dan lembaran latihan juga boleh diaplikasikan.              
    Pemilihan dan penggunaan bahan dan media akan menjadi daya penarik dan menyediakan persekitaran yang sesuai untuk pembelajaran pelajar. Namun begitu dalam pemilihan dan penggunaan bahan dan media, guru perlu memastikan kesesuaian dengan pengalaman sedia ada murid. Sekiranya murid tidak pernah melayari internet, sekiranya pengajaran dan pembelajaran berjalan, murid akan ketinggalan dan menjdai bosan.                 

    Guru perlu diingatkan supaya menentukan arah tuju pengajaran dan pembelajaran. Pada masa kini penggunaan bahan capaian daripada internet, e-learning, online learning, laman web dan sebagainya sudah lumrah digunakan.

matlumat  Utilise media and materials (Gunakan media dan bahan)
A. set induksi
B. pertandingan menyusun matawang mengikut tema yang berbeza
C. mengenalpasti duit yang dimiliki sendiri.
D. jual beli


5. Require learner and participation (Tindak balas pelajar)     (note)
   
Bagi memastikan proses pembelajaran berjalan, murid perlu terlibat aktif dalam aktiviti pembelajaran. Kaedah ini dinamakan pembelajaran berpusat murid. Antara aktiviti yang boleh dilakukan adalah kuiz, latih tubi, kerja berkumpulan, perbincangan, latihan dan projek. Pembelajaran berpusat murid mampu merangsang minda dan tingkah laku murid. Contohnya aktiviti melabel berdasarkan bahagian-bahagian pokok, nama bandar, nama haiwan, dan peta Malaysia. Aktiviti ini mampu mencetuskan pengalaman baru kepada murid. Ini kerana murid mempelajari sesuatu yang baru berbanding hanya guru yang menerangkan sesuatu tempat.                   

    Bahan atau media yang digunakan sekiranya  tidak mampu menarik minat murid secara aktif sebenarnya kurang membantu murid dan tidak efektif untuk dilaksanakan. Oleh itu, penyediaan bahan yang kreatif dan mampu menarik minat murid secara tidak langsung memupukm budaya berfikir murid seterusnya memastikan objektif pembelajaran dapat dicapai.

maklumat    Require learner and participation (Tindak balas pelajar) 
A. perbentangan kumpulan
B. simulasi
C. bercerita

6. Evaluate and revise (Menilai dan menyemak semula bahan)
Menilai ialah satu proses untuk melihat keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan di dalam bilik darjah. Penilaian boleh dilakukan setelah selesai proses pengajaran dan pembelajaran.

      Setelah tamat proses pengajaran dan pembelajaran, penilaian perlu dilakukan untuk melihat kekuatan dan kelemahan serta keberkesanan bahan dan media secara menyeluruh agar penambah baikan dapat dijalankan supaya penggunaan media dapat dilaksanakan semaksimum mungkin dalam pembelajaran. Proses pembaikan perlu dilakukan agar bahan media tersebut benar-benar sesuai dengan murid seterusnya menepati objektif pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan. 

        Oleh itu guru perlu sentiasa peka dan kreatif dalam menilai murid, bahan media pencapaian objektif. Pemerhatian yang berterusan dapat mengesan sebarang kelemahan dalam penyediaan bahan. Kelemahan penyediaan bahan mampu menggagalkan objektif pembelajaran. Kealpaan memerhati murid mampu membiarkan murid pasif terus pasif. Murid pandai pula akan menguasai ruang tanpa memberi peluang kepada murid lain.          
matlumat Evaluate and revise (Menilai dan menyemak semula bahan)
A. ujian
B. kuiz
C. rumusan

   



                                Pengenalan wang syiling


Video Pengenalan Mata Wang






















KSSR Matematik Tahun 1

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH(KSSR)
RANCANGAN TAHUNAN MATEMATIK TAHUN SATU
MINGGU
BIDANG/TAJUK
STANDARD KANDUNGAN
STANDARD PEMBELAJARAN
CATATAN

NOMBOR DAN OPERASI





1. NOMBOR BULAT
    HINGGA 100
1.1  Menyatakan
     kuantiti secara 
     intuitif
(i)  Menyatakan kuantiti melalui  perbandingan banyak atau sedikit, sama banyak atau tidak sama banyak dan lebih atau kurang secara:
      (a)  Kumpulan yang mempunyai banyak dan sedikit objek.
      (b)  Membandingkan dua kumpulan secara padanan.
      (c)  Pola yang berlainan dengan menggunakan dua kumpulan objek.




1.2  Menama dan menentukan
    nilai.

(i)    Menamakan nombor hingga 100:
      (a)   Membilang objek dalam kumpulan.
      (b) Menamakan nombor bagi kumpulan objek sebagai mewakili kuantiti.
      (c) Membandingkan dua kumpulan objek untuk menentukan kumpulan lebih atau kurang satu hingga sembilan.
      (d) Menamakan angka.




1.3 Menulis nombor.

(i)    Menulis nombor hingga 100 dalam:
      (a) Angka
      (b) Perkataan





1.4  Melengkapkan
    sebarang
     rangkaian 
    nombor.

(i) Membilang nombor dalam lingkungan 100 secara:
    (a) Satu-satu
     (b) Dua-dua
    (c) Lima-lima
    (d) Sepuluh-sepuluh tertib menaik dan  menurun dengan menggunakan  pelbagai objek dan garis nombor.
(ii) Melengkapkan sebarang rangkaian nombor dalam lingkungan 100 secara:
    (a) Satu-satu
    (b) Dua-dua
    (c) Lima-lima
    (d) Sepuluh-sepuluh,
        tertib menaik dan menurun.




1.5  Menentukan nilai tempat bagi 
    nombor.
(i)  Menyatakan nilai tempat bagi
    sebarang nombor hingga 100.
(ii)  Menyatakan nilai digit bagi
    sebarang nombor hingga 100.
(iii) Menyatakan nilai tempat dan nilai digit bagi sebarang   nombor dengan menggunakan abakus 4:1




1.6   Menganggar

(i)    Memberi anggaran bilangan 
       objek yang munasabah dengan

      (a) Menyatakan kuantitinya. 
      (b) Menggunakan perkataan
        “lebih daripada”   dan “kurang  
               daripada”.




1.7   Membundarkan
     nombor bulat.

(i)  Membundarkan nombor bulat kepada puluh terdekat dengan menggunakan garis nombor.




1.8   Melengkapkan
     pola nombor.

(i)  Mengenal pasti pola bagi siri nombor yang diberi.
(ii)  Melengkapkan pelbagai pola nombor yang mudah.



2. TAMBAH DAN  TOLAK
2.1   Mengenal pasti
      pasangan nombor untuk membentuk satu nombor yang berkaitan.

(i)    Menyatakan pasangan nombor
      bagi jumlah nombor yang diberi.
(ii)   Menyebut jumlah dua nombor.
(iii) Senaraikan kombinasi dua nombor bagi jumlah nombor yang diberi.



2.2   Mengenal simbol.

(i)    Menggunakan dan mempelbagaikan perbendaharaan kata yang relevan dalam konteks tambah dan tolak.
(ii)  Memperkenalkan simbol bagi
            tambah, tolak dan sama dengan.
(iii) Menggunakan simbol tambah, tolak dan sama dengan bagi menulis ayat matematik berdasarkan situasi yang diberi.

Contoh:
Tambah, jumlah, semuanya, keseluruhan, beza, selisih, tolak, kurang, dikeluarkan, masih ada, baki



2.3   Tambah dan   
     tolak dalam
     lingkungan 100.

(i)  Tambah dan tolak dalam lingkungan fakta asas: 
    (a) Menyatakan secara spontan fakta asas tambah.
     (b) Menyatakan secara spontan fakta asas tolak.
     (c) Menyatakan fakta asas tolak sejajar dengan fakta asas tambah.
    (d) Menggunakan strategi tertentu bagi membina dan menyatakan fakta asas tambah dan tolak.
    (e) Menggunakan abakus 4:1 untuk mewakilkan pengiraan tambah dan tolak.
(ii)  Tambah dan tolak dalam lingkungan 100:
      (a) Melaksanakan pengiraan
           tambah dan tolak.
      (b) Menggunakan abakus 4:1 untuk    mewakilkan pengiraan tambah      dan tolak.
       (c)Menggunakan strategi   pengiraan secara mental bagi        penambahan dan penolakan.




2.4  Membina dan menyelesaikan masalah yang melibatkan situasi cerita bagi operasi tambah dan tolak.

(i)   Mereka cerita masalah tambah dan tolak dalam lingkungan 100.
(ii)  Menyelesaikan masalah tambah dan tolak melalui simulasi atau model situasi.
(iii)  Menyelesaikan masalah tambah dan tolak yang melibatkan situasi harian.




3. PECAHAN
3.1   Mengenal pasti konsep satu perdua dan satu perempat.

(i)    Mengenal pasti satu perdua dan satu perempat dengan mengunakan perkataan ”setengah”, ”separuh” dan ”suku” dengan menggunakan bahan konkrit, gambar dan lipatan kertas.



4. WANG HINGGA RM10
4.1   Mengenal pasti ringgit dan sen.

(i)   Mengenal pasti mata wang
       Malaysia dalam bentuk syiling
       dan wang kertas.
(ii)  Mewakilkan nilai wang:
       (a) Sen hingga RM1.
       (b) Ringgit hingga RM10.
(iii) Mewakilkan nilai wang dengan
       menggunakan abakus 4:1.
(iv) Menukar wang:
      (a) Syiling hingga 1 ringgit.
      (b) Ringgit hingga RM10.




4.2   Tambah dan tolak melibatkan wang

(i)   Tambah dan tolak:
       (a) Sen hingga RM1.
       (b) Ringgit hingga RM10.
(ii)  Tambah dan tolak melibatkan
       wang dengan menggunakan
       abakus 4:1.



5. MASA DAN WAKTU
5.1   Menamakan hari dan bulan dan menerangkan aktiviti sejajar dengan hari persekolahan. 

(i)   Menyatakan waktu dalam sehari.
(ii)  Menyatakan dalam urutan peristiwa
    dalam sehari (pada hari persekolahan
    sahaja).
(iii) Menamakan hari dalam Seminggu
    mengikut urutan.
(iv) Menamakan bulan dalam setahun.




5.2   Menyebut dan menulis waktu. 

(i)   Mengenal pasti dan menyatakan    
    “setengah” dan ”satu perempat”
     berdasarkan muka jam.
(ii)  Menyebut dan menulis waktu dalam
     jam dan setengah jam sahaja dengan
    menggunakan jam analog.



SUKATAN DAN GEOMETRI
6. PANJANG

6.1  Menggunakan
    unit relatif untuk mengukur panjang.

(i)   Membuat pengukuran objek      
    menggunakan unit bukan piawai.
(ii)  Membanding dua atau lebih ukuran
     objek
    menggunakan unit bukan piawai.
(iii)  Menggunakan dan mempelbagaikan
    perbendaharaan kata ukuran
    panjang dalam konteks.

Contoh:
panjang, pendek,
tinggi, rendah,
jauh, dekat,
dalam, cetek,
lebih, kurang, sama, paling

7. TIMBANGAN
7.1  Menggunakan
     unit relatif untuk timbangan.
(i)   Membuat timbangan objek berkaitan
      jisim
    menggunakan unit bukan piawai.
(ii)  Membanding dua atau lebih timbangan
    objek menggunakan unit bukan              piawai.
(iii)  Menggunakan dan mempelbagaikan        perbendaharaan kata timbangan            dalam teks.
Contoh:
Berat, ringan,
Lebih, kurang, sama, paling

8. ISIPADU CECAIR
8.1   Menggunakan unit relatif untuk isipadu cecair.

(i)   Melakukan aktiviti yang berkaitan          dengan isipadu cecair menggunakan       unit bukan piawai.
(ii)  Membandingkan dua atau lebih bekas
    cecair menggunakan unit bukan            piawai.
(iii) Menggunakan dan mempelbagaikan
    perbendaharaan kata isipadu cecair 
    dalam konteks.

Contoh:
Kosong, sedikit,
Penuh, setengah, suku, separuh penuh, banyak, sama, lebih, paling

9. RUANG
9.1   Mengenal pasti bentuk tiga dimensi (3D).

(i) Menamakan bentuk kuboid, kubus,           kon, piramid tapak, segiempat sama,       silinder dan sfera.
(ii)  Memperihalkan permukaan, sisi dan        bucu bagi bentuk 3D.
(iii) Menyusun objek mengikut pola.
(iv) Membina model 3D dan menerangkannya.



9.2   Mengenal pasti bentuk dua dimensi (2D)
(i) Menamakan bentuk segiempat
   sama, segiempat tepat, segitiga
   dan bulatan.
(ii) Memperihalkan garis lurus, sisi,
   bucu dan lengkung bagi bentuk  2D.
(iii) Menyusun bentuk 2D mengikut pola.
(iv) Menghasilkan corak berasaskan bentuk.