Khamis, 22 Mac 2018


Blog Mencabar Penghayatan Nilai
                                                                     YA KER


Blog (singkatan untuk web log dalam bahasa Inggeris) ialah sebuah laman web yang kemasukan-kemasukannya ditulis menurut urutan kronologi dan dipaparkan dengan tertib terbalik.

Blog memberikan ulasan atau berita mengenai sesuatu tajuk, umpamanya makanan, politik, atau berita tempatan, dengan sesetengah blog berperanan lebih sebagai buku harian peribadi dalam talian. Blog yang tipikal menggabungan teks, imej, dan pautan ke dalam blog, laman web, dan media lain yang berkaitan dengan topiknya. Keupayaan para pembaca untuk meninggalkan ulasan mereka dalam format interaktif merupakan ciri yang utama untuk banyak blog. Kebanyakan blog umumnya adalah blog teks, walaupun sesetengahnya bertumpu pada gambar foto (blog foto), video (vlog), muzik (blog MP3), atau audio (podcasting), dan merupakan sebahagian rangkaian media sosial yang lebih luas.

Knaper org pilih blog 

1) X der sistem keselamatan
2) Senang dilayari
3) Tidak mengenakan bayaran
4) Mendapat duit dengan ads

 Kenapa Blog mencabar penghayatan nilai.

1.) Maklumat yg tidak mempunyai kesahan yang mendatangkan mudarat

Banyak blogger yang tergamak menyebarkan maklumat palsu bagi meraih penonton. Tujuan mereka hanya bagi mendapatkan tumpuan disamping kewangan daripada ads yang dipaparkan. Kita boleh lihat banyak page famous di FB membuka blog untuk peminatnya. Antaranya, ................................ Maklumat yang diviralkan bukan semuanya benar malah mendatangkan mudarat kepada beberapa pihak. Masih ingat lagi x isu beberapa org yang tumbuk dinding sampai remuk dan berak dalam tandas jepun. Isu ini diviralkan malah menangkap minat netizen yang mengutuk serta mencaci mereka. Malah ada antaranya yang mengugut untuk menumbuk atau membunuhnya. Adakah ini menyelesaikan masalah?hmm.. jawablah sendiri....... so apa nilai yang dicabar.... lu fikirlah sendiri...

2.) Maklumat untuk menghasut membuat kejahatan

Korang percaya x kalau aku cakap org sanggup berbunuhan kalau hati seseoorang tu hitam.. huhhhh.. Percayalah.... Akan sentiasa ada orang yang cuba menjatuhkan korang.. Cuba check orang kiri dan kanan kau.. (boleh percaya ker... :) ) Sorry aku x caya.  hahahah. Aku panggil spesies diaorang sebagai  -baruah-
Baruah ini akan sentiasa mencari maklumat dan menyebarkannya seperti virus dan akhirnya memberi mudarat. Antara cara mudah mereka mendapat maklumat adalah dengan melihat blogg. Maklumat yang mereka dapat akan mereka tambah rencah supaya menjadi lebih pedas. Antara contoh yang dapat kita lihat kat Malaysia adalah  berkaitan artis di Malaysia.. Ada yang bergaduh, bercerai, dll.  Itu baru sikit, belum ain dish lagi. Yang depan kita nampak, yg belakang kita x tahu lain... Habistu, adakah anda masih x mempercayai blogg mencabar penghayatan nilai.



3.) Tempat menyebar unsur tidak bermoral seperti keganasan dan seks bebas

Ok. Yang ke-3 ni memang ramai org Malaysia search blogni. Org search pasal budaya kuning barat tamsil budaya punk, remp-it, video porno malah terdapat open chat yang boleh kita berkomunikasi dengan orang dari seluruh dunia. Open chat ni dah tentulah tempat orang kita berbual untuk mencari maklumat illegal seperti mengedar dadah, membeli senjata api di dark market, penculikan, pedhophile malah cannabilism sesama manusia. Kalau dulu semua perkara ni kebanyakkannya dilakukan lelaki tapi kini tidak lagi kerana bilangan perempuan yang terlibat dalam perkara ini adalah amat ramai. Jenayah tidak mengira lelaki dan pompuan. So haruslah kita menjauhi perkara2 negatif ini agar kita menjadi rakyat Malaysia yang mengamalkan nilai. Klau susah tinggal  2 slow2 la sikit kita hindarinya. 




4.) Memecah belah masyarakat…. perkauman, negeri,,

Yg terakhir nilah paling bahaya. ramai org salah gunakan blog sebagai penyebar kebencian kepada org lain. Mereka ini akan menghasut untuk kepentingan diri  mereka sendiri. Kita boleh lihat org yang cuba memecah belahkan ini makin ramai dalam rakyat Malaysia. Antaranya mengantung kepala babi di kawasan masid. Selain itu, terdapat juga antara kita yang cuba menanam sikap kenegerian yang melampau dengan merendahkan negeri orang lain. Antara yang masih baru lagi adalah kes negeri X yang yang mengangkat tinggi negerinya dan merendahkan negeri orang lain. Perkara seperti ini seharus tidak berlaku kerana negara Malaysia merupakan negara yang berbilang bangsa dan kaun yang mengamalkan nilai sopan santun dan bersatu padu.