![]() |
![]() |
JABATAN ILMU PENDIDIKAN
KAMPUS
ILMU KHAS, KUALA LUMPUR
|
TUGASAN
KERJA KURSUS/ PROJEK
(INDIVIDU)
|
|
|
SEMESTER:
4
|
TAHUN:
2016
|
EDU 3053
Teknologi Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran
|
DISEDIAKAN
OLEH:
|
|
|
MUHAMMAD
ZULHAZIQ BIN HUSIN
|
|
|
No.
K/P: xxxxxxxxx
|
|
|
Program:
PISMP AMBILAN JUN 2014
|
|
|
Kumpulan
Akademik:
|
ANGKA
GILIRAN:
|
|
G
4.2
|
20142317xxxxx
|
|
PENSYARAH:
|
|
|
PUAN
ALIZA BINTI ADNAN
|
|
|
TARIKH
SERAHAN:
|
TARIKH
DITERIMA:
|
|
4
MAC
|
|
PENGHARGAAN
Saya bersyukur kepada Allah s.w.t kerana
dengan rahmatnya saya dapat melaksanakan dan menyiapkan tugasan ini dengan
sempurna. Ucapan terima kasih yang tidak terhingga juga
saya panjangkan kepada selaku
pensyarah pemimbing
saya iaitu Pn. Aliza
, yang tidak
jemu-jemu memberikan tunjuk ajar dan panduan yang amat berharga kepada saya.
Tanpa bantuan beliau, tugasan ini sukar untuk saya sempurnakan.
Selain itu, saya ingin mengucapkan
terima kasih kepada rakan-rakan sekelas yang telah bekerjasama dengan saya untuk
menyiapkan kerja khusus ini. Kerjasama rakan-rakan amat
saya hargai.
Akhir sekali, saya juga ingin
mengucapkan terima kasih kepada individu-individu sama ada secara langsung atau
tidak langsung membantu saya semasa melaksanakan tugasan ini.
Sekian,
terima kasih.
Contents
1.0 Pengurusan Grafik
Addie
dan Assure
Model assure didefinisikan dengan penyediaan panduan merancang dan
mengendali pengajaran dan pembelajaran dengan kehadiran media. Manakala Model
Addie pula mendefinisikan dengan satu proses biasa yang perlu diubah suai
sebelum digunakan serta menjadi asas untuk rancangan pengajaran.
Terdapat banyak perbezaan antara model addie dan assure. Antara adalah
pemilihan media atau objek pembelajaran di dalam kelas. Pemilihan media dan
objek pembelajaran oleh model assure lebih terperinci berbanding model addie. Di
dalam langkah ke-4 assure iaitu ‘Utilize media, method and materials’ pelajar
didedahkan dan disediakan bahan, persekitaran, kesediaan pelajar serta
pengalaman pembelajaran bagi memaksimumkan keberkesanan pembelajaran tamsilnya
lawatan luar ke zoo Negara. Model addie lebih kepada pemberian bahan oleh guru
secara pelbagai seperti ‘slide power point’, laman sesawang dan lain-lain. Ini
mebuatkan assure memberi pembelajaran pengalaman yang lebih efektif berbanding
addie.
Seterusnya Model assure juga mempunyai penyemakan selepas penilaian
manakala model addie tiada penyemakan selepas penilaian. Penyemakan dilakukan
bagi memastikan sama ada teknik pengajaran itu berkesan ataupun tidak.
Sekiranya tidak berkesan, guru boleh menukar tekniknya kepada teknik pengajaran
lain yang berkesan.
Model Assure lebih berfokus kepada
skala kecil manakala model addie lebih kepada skala besar dan bersifat
generalisasi. Contoh dalam model assure adalah matawang dalam subjek matematik
manakala model addie pula adalah pengiraan dalam subjek matematik. Ini
bermaksud model assure adalah model yang menggunakan tahap pengajaran yang
tinggi berbanding model addie dan ia boleh digunakan untuk murid yang sudah
menguasai asas pembelajaran.
Selain itu, model assure lebih memperincikan penglibatan pelajar seperti
penglibatan aktiviti membuat latihan, perbincangan dan lain-lain. Manakala
model addie tidak memperincikan latihan kerana model ini mengikut kemampuan
pelajar dan lebih tepat adalah berlandaskan teori behaviourisme. Model assure
melatih pelajar bergiat aktif tanpa halangan, Guru bersifat kreatif dan
sentiasa berfikir untuk memajukan murid ke hadapan.
2.0 Penulisan Akademik (Masalah Pembelajaran)(Kemahiran Hidup)
Pada abad ke-21 ini, media dan teknologi berjalan seiring dengan perjalanan masa
hingga ke hari ini. Pengajaranan yang melibatkan penggunaan media dan teknologi
memberikan kelebihan kepada pelbagai pihak termasuklah pengguna yang mengaplikasikannya
di dalam dan luar bilik darjah. Teknologi boleh menjadi pengganti pada guru
ketika ketidakberadaan guru di dalam kelas. Contohnya, guru boleh memberikan
tugasan untuk dilakukan dengan menggunakan teknologi seperti ‘SCHOOLOGY’. Teknologi
juga dapat membantu guru didalam kelas bagi meningkatkan keberkesanan
pengajaran di dalam bilik darjah. Tamsilannya, aktiviti induksi yang menarik
dapat menarik minat pelajar untuk belajar. Selain itu, teknologi juga dapat
mengembangkan kognitif murid. Penggunaan teknologi dapat mengembangkan intuisi
dan imaginasi ke tahap maksimum bagi melahirkan pelajar cemerlang. Mereka yang
didedahkan dengan teknologi akan ditanam dengan sifat ingin maju kehadapan dan
memberi pelajar kemahiran berfikir aras tinggi. Contoh, teknologi yang melibat
'genre' puzzle memberi kepuasan minda sihat pelajar disamping melahirkan insan
minda kelas pertama. Pendidikan juga memberi peluang pada pendidikan jarak
jauh. Marcapada, zaman dipenuhi dengan kerakusan dan jenayah tanpa sempadan membuatkan
ibubapa takut memberikan kepercayaan kepada permata kecil mereka untuk menimba
ilmu di sekolah. Maka ibu bapa boleh menggunakan teknologi yang membenarkan
mereka menggunakan teknologi bagi pendidikan untuk anaknya. Mereka boleh
menggunakan rakaman ataupun pembelajaran online secara bermuka. Akhir sekali,
teknolgi membenarkan manusia menimba ilmu tanpa sempadan. Bayangkanlah, di
zaman moden ini manusia boleh mempelajari membuat bom dengan menonton Youtube
sahaja. Maka tidak mustahil pelajar mencari maklumat yang diinginkan
termasuklah ilmu yang melebihi daripada pengajaran dan pembelajaran di sekolah.
Tuntasnya, sekiranya teknologi digunakan dengan sehabis baik, tidak mustahil
lahirnya Einstein baru di Malaysia.
Tidak terkecuali juga
pelajar pendidikan khas bermasalah pembelajaran. Mereka sememangnya memerlukan
teknologi untuk membantu mereka dalam pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu,
guru harus menerapkan teknologi dalam teknik dan kaedah pembelajaran selaras
dengan kehendak Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025) mengenai
kelas abad ke- 2 tidak kira jenis masalah murid.
“Satu
teknik pembinaan kemahiran yang mudah dan berkesan jika pada satu tahap kreativiti diperoleh dalam
pembelajaran yang diingini. (Orlich et al. (2007))”.
Antara elemen dan teknik yang dapat diterapkan dalam pengajaran dan
pembelajaran abad 21 adalah penggunaan set induksi. Set induksi satu kaedah
awalan yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran bagi menarik minat
pelajar. Tekniknya adalah guru mengadakan satu aktiviti bagi yang boleh
meningkatkan produktiviti dan rangsangan minda murid seperti penggunaan eleman
kemahiran berfikir aras tinggi(KBAT). Aktiviti set induksi juga perlu dikaitkan
dengan pengetahuan sedia ada dan pembelajaran yang ingin diajar pada hari tersebut.
Tamsilnya, aktiviti jual beli dapat dikaitkan dengan pengajaran subjek kemahiran
hidup. Guru boleh menggunakan aktiviti menjahit pelbagai barang yang telah
disediakan oleh guru seperti butang baju, pin seluar dan pelbagai lagi. Bagi
menjayakan set induksi ini guru harus sentiasa bersedia dan berfikiran kritis
serta kreatif dalam penghasilan aktiviti set induksi ini bagi memaksimumkan
keberhasilannya. Bagi penambahbaikan aktiviti ini, guru boleh menggunakan
teknologi seperti menunjukkan video sesi jual beli di pasar raya atau di tepat
lain.
Seterusnya, adalah pembelajaran berasas aktiviti. Pembelajaran ini
memastikan semua pelajar melibatkan diri dengan aktif.. Objektif pembelajaran
ini adalah memastikan pelajar dapat berkomunikasi bersama, berfikiran kritis
serta kreatif, berdikari, mempunyai sifat pemimpin, berdaya saing dan pelbagai
lagi. Antara kaedah yang boleh dilakukan adalah dengan pembahagian kepada
kumpulan-kumpulan kecil. Antara aktiviti yang boleh dilakukan adalah main
peranan, simulasi dan perbentangan mengikut tajuk yang diberi oleh guru.
Aktiviti ini dapat memberi peluang murid membuat analitikal serta menyampaikan
maklumat bagi mencapai objektif murid proaktif dan bertentangan dengan murid
pasif seperti pembelajaran tradisional di Malaysia. Bagi menjayakan aktiviti
ini guru harus memberi peluang pengajaran berpusatkan murid dan bahan. Guru harus
menjadi pembimbing dengan membetulkan kesilapan murid di pertengahan dan akhir
pengajaran dan pembelajaran. Bagi murid bermasalah pembelajaran, mereka lebih
mudah memahami sesuatu perkara yang praktikal daripada pembelajaran biasa. Oleh
itu, aktiviti yang berasas bahan amatlah berkesan dan sangat sesuai untuk
mereka. Antara aktiviti berasaskan bahan adalah seperti menjahit. Guru
menunjukkan cara menjahit dengan menggunakan LCD dan pelbagai lagi alatan dan
teknologi yang sesuai.
Yang ke-3 bagi kaedah dan teknik pembelajaran dan pengajaran abad ke 21
adalah teknik pengukuhan dan penggayaan. Teknik ini dilakukan selepas
pembelajaran berlaku bagi memperkembangkan kemahiran, kreativiti dan kefahaman
terhadap pembelajaran tersebut. Teknik ini juga bertujuan murid mengaplikasi
pembelajaran lama kepada perkara yang lebih komplek serta berguna untuk
hehidupan mereka. Antara aktiviti yang sesuai dilakukan adalah dengan
mengadakan permainan atau kuiz yang menarik. Bagi menjayakan lagi aktiviti ini,
guru boleh menerapkan unsur kemahiran aras tinggi dan pengurusan peta minda.
Tamsilnya, untuk matapelajaran kemahiran hidup, guru boleh memberi aktiviti
membina bongkah kayu tertinggi yang stabil. Ini bagi melihat murid
mengaplikasikan pembelajaran awal mereka serta mengasah bakat semula jadi
mereka. Antara aktiviti yang guru boleh lakukan adalah aktiviti permainan kecil
kuiz yang menggunakan muzik. Permainan ini melibatkan semua orang dengan
memberi barang seperti kotak kepada orang sebelah mengikut alunan muzik. Murid
terakhir yang memegang kotak apabila muzik dihentikan maka dia akan memilih
soalan yang telah disediakan seperti soalan 3. Sekiranya betul maka diberikan
hadiah dan sekiranya salah didenda melakukan sesuatu perkara tetapi masih
berkaitan dengan pembelajaran pada hari tersebut.
Seterusnya adalah teknik penilaian. Penilaian adalah teknik yang
dilakukan bagi melihat hasil pembelajaran itu berhasil ataupun tidak. Ia
dilakukan apabila pembelajaran sudah dihabiskan. Antara cara penilaian yang
berkesan adalah dengan melakukan kuiz, ujian dan pelbagai lagi. Penilaian
tersebut harus dilakukan dengan jujur tanpa berlakunya kegiatan plagiat bagi
mendapat hasil yang bersih. Ini bagi memastikan hasil daripada penilaian dapat
digunakan oleh guru untuk rumusan seperti buku rekod. Untuk penilaian kemahiran
hidup, guru boleh memberi tugasan secara objektif dan subjektif. Soalannya
mesti mempunyai aras kesukaran seperti aras kefahaman, aras berfikir aras
tinggi dan sebagainya. Bagi melihat keputusan secara keseluruhan, guru boleh
membina peta graf keputusan pelajar. Guru juga boleh memberi galakan dengan
memberi peneguhan seperti membuat memberi hadiah. Selepas murid itu mencapai
aras dan keputusan yang cemerlang, mereka diberi hadiah dan menjadi murid
contoh untuk ikutan ramai. Contoh hadiah yang sesuai untuk murid abad 21 adalah
diberi peluang merasmikan teknologi yang disediakan guru dahulu berbanding
rakannya lain
Akhir sekali, teknik penutup dan kesimpulan harus dilakukan selepas
penilaian. Teknik ini bertujuan melihat keberkesanan pembelajaran sama ada
obkektif tercapai ataupun tidak. Guru boleh mencari maklum balas daripada murid
dengan menyuruh mereka merumuskan isi pengajaran dan cara penambahbaikan untuk
matapelajaran tersebut. Guru juga boleh bertanyakan apakah impak pembelajaran
tersebut dan adakah ianya dapat di aplikasikan dalam kehidupan. Sekiranya,
murid memberi maklum balas positif, maka guru dapat menyimpulkan bahawa
pengajarannya berjaya. Sekiranya maklum balas diberi negatif maka guru harus
membuat objektif dan pengajaran baru dan tidak berputus asa. Untuk subjek
kemahiran hidup, murid dapat menunjukkan semula aktiviti yang dilakukan pada
pembelajaran sebelum ini dengan sempurna. Contohnya adalah, memotong kayu
dengan lurus dan betul. Bagi menarikkan lagi teknik penutup ini guru boleh
menjanjikan pelajar yang menunjukkan hasil terbaik akan ditangkap gambar serta
diambil videonya. Kemudian guru boleh meletakkannya di dalam blog bagi ditonton
oleh guru, pelajar dan ibu bapa mereka. Ini membuatkan mereka lebih bersemangat
untuk melakukan aktiviti penutup. Ini bagi memperlihatkan hasil kerja mereka
kepada ibu bapa mereka.
Bagi penambahbaikan teknik dan kaedah pengajaran abad 21, guru boleh mengaitkan
dengan asbab dan faktor mempengaruhi kelas abad 21. Antaranya adalah susun atur di dalam kelas, sosial dan
emosi mereka di sekolah. 3 perkara ini dapat meningkatkan lagi keberkesanan
kaedah pengajaran dan pembelajaran abad 21.
“Semua insan mempunyai daya dan keinginan yang tinggi untuk belajar.
Kegagalan untuk belajar bukan kerana ketidakupayaanmurid tetapi puncanya
suasana pembelajaran yang kurang sesuai. (Carl Roger)”
Susun atur di dalam kelas dapat dikaitkan dengan persekitaran. Untuk
mendapatkan hasil yang positif, persekitaran bilik darjah harus dijaga dengan
rapi dan kemas. Kondisi di dalam bilik darjah juga haru selesa dan tenang.
Contohnya, pengudaraan yang sempurna perlu ada di setiap kelas. Kelas perlu ada
tingkap, pencahayaan dan kipas yang sesuai dan mudah untuk dijaga. Selain itu,
guru juga boleh menyusun atur corak tempat duduk murid dan memastikan tiada
berlakunya pilih kasih dalam menempatkan tempat duduk mereka. Contoh pilih
kasih yang tidak patut dilakukan oleh guru adalah murid yang disukai guru
didudukan di barisan hadapan manakala murid yang tidak disukai guru ditempatkan
di barisan belakang. Di samping itu, susun atur guru haruslah bersesuian dengan
subjek dan tajuk matapelajaran yang ingin di ajar oleh guru. Contoh susun atur
yang sesuai adalah bersemuka, seminar, auditorium dan pelbagai lagi.
Faktor sosial juga dapat dikaitkan dengan penambahbaikan kaedah dan
teknik pengajaran dan pembelajaran abad ke 21. Antara faktor sosial yang boleh
dilakukan adalah dengan menetapkan peraturan. Peraturan tersebut haruslah
dipersetujui oleh semua orang. Guru boleh menggunakan peneguhan positif dalam
melaksanakan peraturan di dalam kelas. Tamsilnya, pelajar yang melakukan
kebaikan dan mengikut akan diberikan bintang. Sekiranya bintang itu sudah
mencukupi dengan bilangan yang ditetapkan maka murid boleh menukarkannya dengan
hadiah yang berpatutan. Namun guru harus menetapkan peraturan yang mudah agar
murid mudah mengikuti. Antara contoh peraturan dalam subjek kemahiran hidup
adalah menyimpan semula dengan kemas alatan dan perkasas yang telah digunakan
di tempat asal. Murid yang dilatih mengikut arahan mudah akan mudah mengikuti
arahan guru yang komplek ketika teknik pengajaran dan pembelajaran abad 21
berbanding murid yang tidak dilatih.
Akhir sekali adalah dengan memperbaiki teknik pengajaran abad ke 21 melalui
penjagaan emosi murid yang seimbang selaras dengan falsafah pendidikan
kebangsaan. . teori BANDura. Penjagaan emosi amatlah penting dalam menjayakan
pengajaran dan pembelajaran abad ke 21. Emosi yang tidak terjaga akan
membantukan pembelajaran kanak-kanak kerana mereka tidak mendapat keseronokan
ketika belajar. Oleh itu, guru harus mempunyai sifat kepimpinan seperti
penyanyang, baik hati dan pelbagai lagi. Guru tidak memberi penekanan dalam
pemberian aktiviti. Contoh guru yang baik adalah guru yang memberi aktiviti
mudah dan menyeronokkan. Antara aktiviti yang boleh dijalankan adalah dengan
mengadakan pertandingan sihat antara murid. Contohnya, pertandingan membuat
roti sandwich bagi pelajar lembam.
3.0 Rujukan
Abdullah, N. (2013). Teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran.
Selangor: Penerbitan Multimedia SDN. BHD.
Ismail, S. (n.d.). Banding Beza Antara Model Addie dan Assure.
Retrieved February 20, 2016, from Academia:
Keow, C. L. (2011). Falsafah dan Pendidikan di Malaysia. Selangor:
Kumpulan Budiman.
Rashid, N. A. (2014). Murid dan Alam Belajar. Selangor: Oxford
Fajar SDN. BHD.
Rashid, N. A. (2102). Teknologi dalam Pengajaran dan pembelajaran.
Selangor: Oxford Fajar SDN.
BHD.
Zainal. (2012, September 26). Perbezaan Model Assure dan Model Addie.
Retrieved February 20, 2016, from Teknologi dan Inovasi dalam Pendidikan:


Tiada ulasan:
Catat Ulasan