Ahad, 10 April 2016

Asighment muhammad ridwan

1.0      PENGHARGAAN
Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurnia-Nya dapatlah saya menyiapkan tugasan ini sehabis baik. saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pensyarah saya untuk subjek Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran, Puan Aliza Binti Adnan kerana telah banyak memberi tunjuk ajar dan bimbingan sepanjang menyiapkan tugasan ini. Pelbagai perkongsian ilmu yang telah dikongsikan bersama supaya dapat membuka mata dan menjana pemikiran untuk menghasilkan tugasan ini dengan baik. Terima kasih juga diucapkan kepada rakan-rakan kami yang turut membantu dengan berkongsi ilmu dan pengalaman mengenai tugasan ini. Tidak lupa juga kepada pihak yang membantu saya secara langsung atau tidak langsung. Terima kasih saya ucapkan. Jasa anda tidak akan saya lupakan.

2.0      TUGASAN 1
Model Addie dan Assure adalah antara contoh model rekabentuk pengajaran yang biasadigunakan sebagai panduan merekabentuk pengajaran yang mengandungi elemen teknologi. Penggunaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran akan dapat membantu pendidik untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam proses pembelajaran. Namun, di sini akan dijelaskan dengan lebih mendalam perbezaan kedua-dua model ini.

Menurut Norasiah Abdullah (2013), perbezaan pertama ialah model assure berfokus iaitu model ini berskala kecil dan lebih tertumpu kepada perancangan pengajaran bilik darjah dan boleh dijadikan panduan untuk merancang penggunaan media dalam pengajaran. Manakala model addie pula berfokus kepada Lima komponen utama yang boleh digunakan untuk merancang pengajaran yang sistematik.

Perbezaan seterusnya ialah dari segi tujuan. Model assure bertujuan Untuk menyediakan panduan merancang dan mengendalikan pengajaran yang memerlukan penggunaan media. Manakala model addie bertujuan untuk satu model desain pembelajaran. Yang lebih sifatnya lebih generik iaitu mode.

Menurut Latif (2006), model assure memiliki enam jenis peringkat iaitu yang memiliki ciri-ciri tertentu bagi setiap satu jenis. Pertama ialah analisis pelajar yang mempengaruhi gaya pembelajaran. Kedua ialah nyatakan objektif pembelajaran iaitu Mengenal pasti kebolehan atau prestasi yang akan dipelajari atau ditunjukkan oleh pelajar selepas mengikuti pelajaran. Ketiga ialah pilih media dan kaedah iaitu Pilih bahan yang menepati kehendak dan keperluan objektif atau ubah suai bahan multimedia. Keempat ialah gunakan media dan kaedah yang terdiri daripada preview bahan, sediakan bahan, sediakan persekitaran, sediakan pelajar, dan sediakan pengalaman pembelajaran. Kelima ialah dapat respons pelajar iaitu pelajar perlu dilibatkan dalam aktiviti pembelajaran seperti membuat latihan, perbincangan, latih tubi, kuiz, projek dan sebagainya. Kegiatan pengukuhan, seperti pengukuhan serta merta, diberi selepas pelajar memberi tindak balas yang betul. Keenam ialah Nilai bahan, kaeadah dan seluruh proses pengajaran.

Menurut Hisham (2015), model addie pula memiliki lima peringkat. Peringkat pertama ialah analisis iaitu analisis pelajar. Kedua ialah design iaitu Kenal pasti tentang reka bentuk, struktur, pendekatan pengajaran. Ketiga ialah pembangunan iaitu Pembangunan bahan pengajaran mengikut spesifikasi keperluan. Keempat ialah implement iaitu Laksanakan seperti yang dirancang sehingga terhasilnya suatu output. Kelima ialah evaluation iaitu dinilai samada memenuhi objektif.




















3.0      TUGASAN 3

Dalam pengajaran abad ke-21, penggunaan teknologi dalam pendidikan memainkan peranan yang sangat penting dalam pengajaran dan pembelajaran (Bunyamin, 2015). Hal ini demikian kerana kesan dan impak yang betul dan baik akan terhasil dengan penggunaan kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran yang sistematik berdasarkan cara abad ke-21. Lebih-lebih lagi cara abad ke-21 akan memberi kesan yang mendalam kepada murid-murid pendidikan khas bermasalah pembelajaran. Murid-murid berkeperluan khas yang dipilih adalah murid pintar cerdas.

Pelajar pintar cerdas dan berbakat merupakan individu yang memiliki potensi yang tinggi dalam pelbagai aspek perkembangan dan pertumbuhan. Bagi mengembangkan potensi dan bakat mereka dengan lebih sistematik dan berkesan, suatu program pendidikan khusus amat diperlukan.


Kaedah dan teknik pertama ialah set induksi. Menurut Noriati A. Rashid (2012), set induksi bertujuan untuk merangsang pemikiran murid-murid dengan lebih aktif dan berkesan di samping menggalakkan murid untuk berfikir secara spontan. Hal ini demikian bermaksud guru hendaklah memulakan kelas dengan mencungkil idea dan pemikiran pelajar yang berkaitan dengan situasi semasa dan berkaitan dengan tajuk yang hendak diajar. Selain itu, guru boleh juga berkongsi maklumat semasa dan membuat teka-teki.

Sebagai contohnya, guru boleh menayangkan video tentang punca kemerosotan akhlak dalam sejarah melaka. Setelah menayangkan video tersebut guru hendaklah meminta pelajar memberi pandangan berkaitan video tersebut. Murid boleh mengulas perkara tersebut berdasarkan pemahaman dan pengalaman mereka. Sudah pasti murid-murid akan melontarkan pandangan yang bernas berdasarkan pengalaman dan kebolehan mereka.

Selain itu, guru boleh juga bercerita tentang sejarah Melaka dan meminta murid memberi pandangan dan lakonkan watak-watak tersebut. Hal ini demikian menyebabkan murid-murid lebih menyelami keadaan yang sebenar. Kefahaman murid akan bertambah bila guru mengadakan lawatan ke tempat-tempat yang bersejarah tersebut. Lawatan sangat berfaedah untuk murid-murid supaya mereka sendiri akan melihat dan merasai apa sebenarnya yang dipelajari.

Kaedah dan teknik kedua ialah melalui cara pengembangan. Pengembangan pertama ialah pembelajaran berasaskan aktiviti. Hal ini demikian akan melibatkan pelbagai elemen seperti koperatif dan I-Think. Menurut Hailmi (2015), dalam aktiviti kolaboratif murid akan mempunyai kemahiran social, menguruskan usaha sendiri. Selain itu, aktiviti kumpulan tidak perlu dipantau guru. Persoalan diselesaikan dalam kumpulan.  Guru Cuma membimbing ke arah penyelesaian jika perlu. Semua draf kerja disimpan oleh murid. Murid menilai prestasi kerja ahli kumpulan tanpa  dibimbing oleh guru.

Contoh pembelajaran berasaskan aktiviti pertama ialah round table. Mula-mula murid duduk dalam kumpulan yang telah di tetapkan. Selepas itu, guru mengemukakan satu topik yang ingin diajar hari ini. Secara bergilir-gilir, murid mencatat satu idea. Murid menggunakan pen dan kertas yang sama. Hasil dapatan hendaklah dibentangkan di dalam kelas. Pastikan semua pendengar memahami apa yang di bentangkan.

Contoh pembelajaran berasaskan aktiviti kedua ialah ‘Think-Pair-Share’. Pertama sekali topik yang hendak dibincangkan hendaklah diberikan oleh guru. Murid hendaklah berfikir sendiri dalam jangkamasa dan waktu yang tertentu. Apabila masa tamat, murid hendaklah berkongsi idea bersama pasangan masing-masing. Apabila masa tamat, murid hendaklah berkongsi dengan keseluruhan kelas.

Contoh pembelajaran berasaskan aktiviti ketiga ialah Deklamasi Sajak atau Nyanyian. Murid dibenarkan membuat persediaan dalam kumpulan terlebih dahulu. Tajuk diberikan berdasarkan topik yang hendak diajar.  Murid boleh mengubahsuai mengikut kreativiti dan kesesuaian dan hendaklah tidak terkeluar daripada topik. Murid membuat persembahan di hadapan kelas.

Contoh pembelajaran berasaskan aktiviti keempat ialah Pembentangan. Murid hendaklah membuat pembentangan untuk mempersembahkan hasil dapatan kepada keseluruhan kelas. Aktiviti ini boleh dilaksanakan dengan berbagai cara dan bahan. Aktiviti ini juga boleh menggunakan ICT atau tanpa ICT. Penggunaan ICT seperti pembentangan slide dan video. Penggunaan tanpa ICT seperti pembentangan dengan kertas majong dan bahan -bantu mengajar yang lain.

Contoh pembelajaran berasaskan aktiviti kelima ialah permainan jigsaw. Mulakan dengan ‘Kumpulan Rumah’ terlebih dahul. Setiap ahli diberikan nombor mengikut topik kecil yang telah diberikan oleh guru berdasarkan topik. Mereka dipanggil ‘Kumpulan Pakar’. Kumpulan Pakar duduk bersama untuk membincangkan topik mereka. Setiap ahli kumpulan pakar perlu memberikan cadangan yang bernas. Selepas peruntukan masa tamat, Kumpulan Pakar kembali kepada Kumpulan Rumah. Mereka akan membimbing rakan dalam Kumpulan Rumah dalam tajuk kursus mereka masing-masing.

Contoh pembelajaran berasaskan aktiviti keenam ialah hot seat. Aktiviti susulan selepas murid membuat bacaan dan kajian (individu atau kumpulan). Seorang murid akan duduk dikerusi yang disedikan dan menjadi’pakar’ atau ‘watak’. ‘pakar’ atau ‘watak’ akan menjawab segala soalan yang dilontarkan oleh murid lain. ‘pakar’ atau ‘watak’ hendaklah menjawab setiap soalan yang diberikan dengan jelas dan mudah difahami.

Contoh pembelajaran berasaskan aktiviti ketujuh ialah main peranan. Murid diberi tanggungjawab untuk memegang peranan dan watak. Sebagai contohnya, watak Hang Tuah dan Hang Jebat dipilih. Murid diberikan masa untuk membuat persediaan secukupnya agar pelaksanaan lebih mantap. Murid hendaklah Membuat persembahan dengan memainkan watak yang telah mereka pilih.

Contoh pembelajaran berasaskan aktiviti kelapan ialah ‘Gallery Walk’. Guru hendaklah membahagikan tajuk bagi setiap murid. Murid menampal hasil kerja di dinding untuk dilihat oleh kumpulan lain. Biasanya murid boleh menulis komen tentang hasil kerja kumpulan lain di atas sticker note dan menampal di atas hasilan kerja itu.

Contoh aktiviti kesembilan ialah peta I-Think. Penggunaan peta I-Think sangat penting bagi murid untuk meningkatkan kefahaman secara menyeluruh dan sistematik serta berperingkat-peringkat. Selain itu,  menggunakan peta pemikiran sebagai alat untuk menjana idea dan pemikiran murid serta Sebagai satu alat untuk murid membuat kajian atau carian dan dipersembahkan dalam bentuk grafik yang menarik.

Teknik dan kaedah yang ketiga ialah pengukuhan dan pengayaan. Hal ini bertujuan untuk Mengembangkan pengetahuan yang dipelajari, menerapkan dalam situasi sebenar dalam kehidupan seharian dan mencungkil idea baru dengan lebih sistematik dan terancang.

            Menurut Creswell (2009), guru hendaklah menitikberatkan kemahiran berfikir aras tinggi dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Kemahiran berfikir aras tinggi sangat penting bagi meransang pemikiran dan kebolehan murid ke tahap yang tertinggi. Murid akan lebih mengetahui apa yang tersirat dan tersurat dalam sesuatu pembelajaran tersebut.

            Teknik dan kaedah keempat ialah penilaian. Kaedah pertama ialah secara informal. Hal ini demikian bermaksud guru boleh menilai murid dengan cara pemerhatian, lisan, kuiz soal jawab, perbincangan dan penilaian kendiri. Kaedah yang kedua ialah secara formal seperti mengadakan ujian, laporan pembentangna murid, tugasan dan folio.

            Teknik dan kaedah kelima ialah membuat kesimpulan. Hal ini demikian untuk Mencari maklumbalas objektif pengajaran Merumuskan isi pengajaran dan pembelajaran. Penambahbaikan. Membincangkan pencapaian.


Cadangan Penambahbaikan untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.
Penambahbaikan pertama ialah meningkatkan kaedah hubungan komunikasi dua hala. Hal ini demikian hubungan komunikasi dua hala ini yang dimaksudkan ialah hubungan antara guru dengan pelajar. Menurut Murti (2010), kemahiran komunikasi merupakan salah satu elemen yang sangat penting dalam tatacara perhubungan guru dengan pelajar. Hubungan komunikasi di sekolah melibatkan hubungan antara guru dengan pelajar. Guru yang berdedikasi akan mengenali para pelajarnya kerana apabila seseorang guru itu mengetahui tentang latar belakang pelajarnya, setiap permasalahan yang timbul sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran dapat dianalisis oleh guru.

Sebagai contohnya, seseorang guru yang amat menitiberatkan tentang hubungan dengan para pelajar dengan sendirinya berjaya mengambil hati para pelajar sekaligus menyebabkan kelas dalam keadaan terkawal sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Dalam proses pembelajaran, kasih sayang, persefahaman dan saling memahami antara guru dan murid amat penting.

Penambahbaikan kedua ialah Konsep Emotional Intelligence. Antara kaedah pengajaran lain yang dicadangkan untuk menjadikan para pelajar terkawal semasa proses pengajaran dan pembelajaran ialah penggunaan Konsep Emotional Intelligence. Terdapat 2 aspek intrapersonal dalam konsep ini iaitu:
Pertama ialah kebolehan mengendalikan emosi sendiri, atau ‘to know your emotions.’ Penerapan aspek ini sangat penting bagi guru dan pelajar. Menurut Ibrahim (2015), sebelum memasuki kelas untuk mengajar, guru hendaklah memastikan bahawa dia telah bersedia dari aspek mental dan fizikal dan berharap para pelajar juga bersedia untuk menerima ilmu dan maklumat yang ingin diajar atau disampaikan nanti. Hal ini kerana pengendalian emosi amat penting agar kita dapat mengenali emosi atau perasaan dan keperibadian sendiri. Oleh yang demikian adalah mudah untuk menentukan sasaran dan matlamat yang ingin dicapai.
Kedua ialah kebolehan mengawal emosi. Sebagai seorang guru, kebolehan mengawal emosi amat penting kerana untuk mewujudkan kawalan kelas yang mantap, setiap tutur kata haruslah dijaga supaya tidak menimbulkan rasa kecil hati atau kemarahan para pelajar. Apabila masalah pelajar kecil hati atau tersinggung dengan tutur kata guru, maka akan wujudlah perasaan benci atau memberontak dalam jiwa pelajar dan ini akan mendorong para pelajar terlibat dalam masalah disiplin seperti mengganggu kelas, bising, ponteng kelas dan sebagainya.

Penambahbaikan ketiga ialah pengulangan. Tidak semua pelajar mempunyai tahap yang sama di dalam proses mengingati tentang sesuatu pembelajaran yang diajarkan kepada mereka. Oleh itu, pembelajaran yang dibantu ulang untuk proses mengingati diperlukan untuk memberikan tanggapan yang lebih jelas dan tidak mudah dilupakan. Perkara ini boleh dinyatakan apabila kita mengulang dengan cara dan kaedah yang baik di dalam bilik darjah, semakin lama ia akan menjadi semakin jelas sehingga dapat digunakan oleh pelajar untuk menyelesaikan permasalahan yang timbul.

Sebagai contohnya, pengulangan secara teratur, pada waktu-waktu yang tertentu atau setelah setiap topik itu diberikan, maka ia sangat membantu proses pengajaran dan pembelajaran. Hal yang demikian memberikan pengetahuan kepada pelajar bahawa pengulangan merupakan suatu proses pendidikan yang mereka boleh aplikasikan dalam kehidupan mereka. Ini menjadikan bahawa proses pengulangan adalah suatu konsep bagi fungsi pembelajaran itu sendiri.

Penambahbaikan keempat ialah menimbangkan perbezaan individu (pelajar). Semasa proses pengajaran dan pembelajaran, guru juga perlu menimbangkan perbezaan individual antara pelajar. Terdapatnya perbezaan bakat dan kebolehan di antara pelajar yang perlu diuruskan dengan baik di dalam bilik darjah. Perbezaan bakat dan kebolehan antara pelajar di dalam sesebuah kelas di mana terdapat kecekapan dan ketangkasan pelajar berbeza secara individual.

Ada di antaranya yang cerdik dan cerdas sehinggakan mampu untuk menerima dengan cepat ilmu pelajaran yang disampaikan kepadanya. Tahap ini merupakan tahap keboleh-penerimaan yang tinggi. Namun, perlu diingat bahawa masih ramai pelajar yang mempunyai tahap keboleh-penerimaan yang biasa dan rendah. Disebabkan tahap keboleh-penerimaan yang berbeza-beza ini menyebabkan guru yang terlibat dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas perlu menyeimbangkan kaedah, skop serta aktiviti pembelajaran agar semua pelajar yang mempunyai tahap penerimaan yang berbeza dapat mengikuti pembelajaran dengan baik. Dengan cara ini, ianya dapat mengembangkan kemampuan-kemampuan pelajar secara individual.

Menurut Nizam (2015), pelajar yang mempunyai tahap keboleh-penerimaan yang tinggi hanya perlu mendapat penerangan yang lebih ringkas kerana pengetahuan sedia ada serta kebolehan memahami yang cepat. Ini berbeza dengan pelajar yang berada pada tahap sederhana dan rendah yang memerlukan lebih penerangan dan kaedah yang lebih mudah difahami supaya mereka dapat mengikuti memahami pelajaran dengan baik. Oleh yang demikian, perbezaan individual perlu dipertimbangkan agar guru dapat menggunakan teknik dan kaedah yang sesuai untuk semua pelajar dan memberi peluang sama rata kepada pelajar untuk mendapat ilmu pengetahuan yang diajarkan.














Bibliography

Bünyamin, B. (2015). Desighning PCM Instruction by Using Assure Instructional Design Model. International Journal on New Trends in Education and Their Implications, 1-13.
Creswell. (2009). Research design: Qualitative, quantitative, and mix. California: Sage Publications.
Hailmi. (2015, januari). Buletin Anjakan. Retrieved from Pembelajaran Abad ke--21: www.hailmi.com
Hailmi. (2015, november). Pembelajaran Abad ke-21. Retrieved from Buletin anjakan: www.cikguhailmi.com
Hisham, B. (2015, Oktober 2). Penilaian Kendiri Amalan Pengajaran Dan Pembelajaran Abad k -21. Retrieved from Researchgated: https://www.researchgate.net/publication/282355763_PENILAIAN_KENDIRI_AMALAN_PENGAJARAN_DAN_PEMBELAJARAN_ABAD_KE_-21_PENSYARAH_INSTITUT_PENDIDIKAN_GURU_KAMPUS_IPOH
Ibrahim, A. A. (2015). Comparative Analysis between System Approach, Kemp, and. International Journal of Education and Research, 1-10.
Latif, A. (2006). Domain Penilaian Dalam Teknologi Pendidikan. Tanjong Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Murti, K. E. (2010). Pendidikan Abad ke-21 dan Implementasinya Pada Pembelajaran. Pendidikan Berterusan, 30-32.
Nizam, M. (2015, November 14). Sk Kampong Sadek. Retrieved from Pembelajaran Abad ke-21: http://www.skkgsadek.com/2015/01/pembelajaran-abad-ke-21.html
Norasiah Abdullah, N. R. (2013). Teknologi Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran. Selangor: Penerbitan Multimedia.
Noriati A. Rashid, B. P. (2012). Teknologi Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran. Selangor: Oxford Fajar.


 



Tiada ulasan:

Catat Ulasan